Terkini
Ayah Aqish tidak pernah ditangkap kerana punya kroni yang ramai – Ibu
Susulan pendedahan seorang pelakon remaja yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sejak kecil, perkara ini menjadi perhatian ramai sehingga ada yang mendakwa bahawa pelakon itu hanya membuka aib keluarga.

- Ibu pelakon remaja Puteri Balqis tampil membuat pendedahan bekas suami bagi menyangkal dakwaan netizen.
- Ibu, Norashikin Mohd Aziz berkongsi salah laku dan jenayah yang dilakukan bekas suami sehingga menyebabkan tekanan ke atasnya.
- “Dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai,” – Ibu Puteri Balqis.
KUALA LUMPUR – Susulan pendedahan seorang pelakon remaja yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sejak kecil, perkara ini menjadi perhatian ramai sehingga ada yang mendakwa bahawa pelakon itu hanya membuka aib keluarga.
Ibu kepada pelakon Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz tampil membuat pendedahan mengenai dakwaan segelintir netizen.
“Aib? Setiap kali viral tentang kami, anda ungkit cerita yang sama, scam orang melalui rancangan bersamamu, walhal saya tolak empat kali, adakah itu tidak mengaibkan saya?.
“Saya dihina pengutip sampah, pengemis, dapat anak sial baik mati, sedangkan saya masih berniaga secara kecil-kecilan waktu itu, di mana perikemanusiaan anda?,” katanya melalui hantaran Instagram.
Norashikin juga membuat pendedahan mengenai jenayah yang dilakukan bekas suami sehingga membabitkan dirinya dalam beberapa siri jenayah yang dilakukan.
“Sebelum sekutu-sekutu dan saudara mara anda berterusan menghina, ‘nak siasat’ dan mengugut saya dan anak saya ingatkan kembali kes-kes curi motor ketika dia (suami) bekerja sebagai guard di sebuah sekolah menengah. Motor-motor yang dicuri disembunyikan dalam longkang di tepi pondok guard,” katanya.
Dalam pada itu, bapa pelakon itu tergamak memaksanya melakukan aksi tidak sepatutnya di dalam kereta sedangkan pada ketika itu, pelakon remaja itu berada di bahagian tempat duduk belakang.
“Sewaktu perjalanan ke Johor untuk shooting, saya dipaksa untuk ‘BJ’ oleh Azizi dalam keadaan anak saya di seat belakang. Marah kerana saya menolak Azizi masturbate dalam keadaan memandu.
“Kami jijik. It was a nightmare for us. Terlalu banyak yang dipendam oleh anak saya. Bila kena pada anak netizen, kita kena fight!” Bila kena pada seorang pelakon, ‘Oh dia cuma berlakon.
“Adakah saya mangsa? Adakah anak saya mangsa? Tidak. Kenapa tak buat report? Kenapa nak takut sangat? Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai,” katanya.
Pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temubual di YouTube ‘Bros Gang TV’ membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya yang didakwa suka menonton filem lucah dan melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Sumber: Instagram Morechild
