Antarabangsa
[Video] “Kita dah bunuh lima” – Pemimpin BJP Gyan Dev Ahuja mengaku terbabit pembunuhan orang Islam di India dalam rakaman video
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rajasthan dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Gyan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.
- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rajasthan dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Gyan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.
- Dalam video tular di Instagram, Gyan Dev Ahuja dilihat mengaku pengikutnya terbabit dalam pembunuhan atau apa yang dipanggil sebagai ‘hukuman mati secara terbuka’ membabitkan lima orang Islam di lokasi yang berbeza.
- “Kita beri mereka (pengikut-pengikutnya) kebebasan (untuk membunuh). Kita akan bebaskan mereka, kita akan jamin mereka juga (jika didakwa),” kata bekas menteri dari parti nasionalis BJP itu.
INDIA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rajasthan dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Gyan Dev Ahuja mengaku di hadapan kamera yang beliau terbabit dalam pembunuhan lima orang Islam di India.
Menerusi satu video dimuatnaik di Instagram tertera tulisan ‘Hindutva Watch’ yang tular hari ini, Ahuja dilihat mengaku pengikutnya terbabit dalam pembunuhan atau apa yang dipanggil sebagai ‘hukuman mati secara terbuka’ membabitkan lima orang Islam di lokasi yang berbeza.
Hindutva merujuk kepada kumpulan pelampau agama Hindu di India.
“Setakat ini kita dah bunuh lima (orang Islam). Pertama di Lalvandi kemudian di Bahrod, seterusnya di Virjuka,” katanya kelihatan mencelah perbualan seorang lelaki di dalam video itu yang merujuk kepada kes ‘hukuman mati secara terbuka’ membabitkan dua lelaki Islam iaitu Pehlu Khan dan Rakbar Khan.
“Kita beri mereka (pengikut-pengikutnya) kebebasan (untuk membunuh). Kita akan bebaskan mereka, kita akan jamin mereka juga (jika didakwa),” kata Ahuja.
Pengakuan dibuat Ahuja berkenaan hukuman mati secara terbuka mendapat perhatian ramai, sekali gus mempersoalkan tindakan bekas menteri dari parti nasionalis Hindu BJP.
Sebelum ini, dua lelaki Islam iaitu Pehlu Khan dan Rakbar Khan dibunuh ‘samseng lembu’ yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau Hindutva, dalam dua insiden berasingan di Alwar dan Lalvandi, Rajasthan pada 2017 dan 2018 kerana dituduh menyeludup lembu.
Pada Julai 2018, Gyan Dev Ahuja memuji tindakan ‘samseng lembu’ yang melakukan hukuman mati secara terbuka (membunuh) individu yang dituduh menyeludup lembu selain mendakwa penyembelihan lembu adalah jenayah lebih besar daripada keganasan.
Sumber: Instagram