Connect with us

Terkini

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali di akhir kes Najib

Bekas peguam Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Wartawan TMT

Published

on

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali di akhir kes Najib
Foto: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sumber AFP.
  • Bekas peguam Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak
  • Bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri.
  • Selepas Peguam Utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan mahkamah berkenaan hal tersebut, Muhammad Shafee dilihat memasuki bilik mahkamah dan mengambil alih dengan mengemukakan hujahan.

PUTRAJAYA: Bekas peguam Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Muhammad Shafee hadir bagi membantu peguam utama bekas Perdana Menteri itu dalam permohonannya supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri.

Di awal prosiding, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan mahkamah bahawa beliau secara peribadi meminta Muhammad Shafee untuk membantunya dan akan mengemukakan hujahan dalam permohonan berkenaan.

Selepas Hisyam berhujah selama 10 minit, Muhammad Shafee memasuki bilik mahkamah dan mengambil alih dengan memulakan hujahan.

Pada 25 Julai lalu, Najib menamatkan khidmat Muhammad Shafee dan melantik Hisyam bagi mewakilinya dalam rayuan akhir.

Muhammad Shafee berkata, beliau hanya akan mengendalikan permohonan itu sahaja.

 Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending