Connect with us

Terkini

“Sekolah bukan lagi tempat menyeronokkan untuk murid dan guru,” – Cikgu Fadli Salleh

Luahan itu dibuat seorang guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan para guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sekolah bukan lagi tempat menyeronokkan
  • Sistem pendidikan dikhuatiri hancur jika murid berterusan hilang keseronokan untuk belajar manakala guru pula untuk mengajar.
  • Majoriti ibu bapa meluahkan bahawa anak-anak enggan ke sekolah kerana hilang minat belajar terutama melibatkan subjek Matematik.
  • Ada yang mendakwa, kegagalan seorang pendidik mendekati pelajar dengan konsep pembelajaran sewajarnya turut menyumbang kepada senario itu.
  • Di ruangan komen ibu bapa turut yang menyalahkan sistem pendidikan berkonsepkan KBAT kerana silibus tinggi itu terlihat seolah satu bebanan buat murid, ibu bapa dan guru.
  • Perkara itu didedahkan seorang guru melalui hantaran di FB Cikgu Fadli Salleh
  • Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI, menyatakan faktor minat dan motivasi murid memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehadiran ke sekolah dan mengelak pelajar daripada berlaku keciciran.

KUALA LUMPUR – Alangkah sedihnya.
Sekolah bukan lagi tempat yang menyeronokkan untuk murid dan guru. 

Rosak dan hancur sistem pendidikan kita jika tak berjaya kembalikan keseronokan belajar kepada murid dan keseronokan mengajar kepada guru.

Luahan itu dibuat seorang guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan para guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, beliau turut memuat naik beberapa tangkapan skrin komen daripada pengguna Facebook lain yang majoritinya meluahkan bahawa anak-anak mereka enggan ke sekolah kerana tidak lagi berminat untuk belajar terutama apabila melibatkan subjek Matematik.

Antara komen tersebut;

komen dari FB tentang isu silibus

Rata-rata komen daripada ibu bapa itu menunjukkan bahawa silibus Matematik yang sebelum ini pernah mendapat kritikan kerana disifatkan merapu bahkan pemegang ijazah dalam bidang Matematik turut dikatakan garu kepala untuk menyelesaikannya antara faktor menyebabkan pelajar enggan ke sekolah.

Antara lain ada yang mendakwa, kegagalan seorang pendidik mendekati pelajar dengan konsep pembelajaran sewajarnya turut menyumbang kepada senario itu hingga menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar.

Komen dari FB tentang isu silibus sekolah

Dalam pada itu, di ruangan komen turut dipenuhi kritikan daripada ibu bapa yang menyalahkan sistem pendidikan berkonsepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana silibus tinggi itu terlihat seolah satu bebanan buat murid.

Sistem pendidikan itu dikatakan penyebab subjek seperti Matematik dan Sains yang dulu digemari oleh pelajar kini kian dibenci dan ditakuti.

Kesannya bukan hanya kepada murid, malah  ibu bapa atau guru turut terbeban dalam usaha mendidik bagi memastikan kemenjadian pelajar.

Komen dari FB tentang pembelajaran di sekolah

Melihat kepada senario ini yang semakin meruncing hingga menyebabkan segelintir pelajar enggan ke sekolah kerana silibus tinggi, apakah solusi untuk mengembalikan keseronokan alam persekolahan ini?

Sebelum ini menerusi satu laporan media tempatan mendapati Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang merekodkan seramai 529 pelajar tercicir dan hanya datang ke sekolah pada hari tertentu seperti peperiksaan sahaja.

Daripada jumlah itu, seramai 246 pelajar yang ditemui telah menyatakan tidak mahu lagi ke sekolah.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyatakan faktor minat dan motivasi murid turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehadiran ke sekolah dan mengelak pelajar daripada berlaku keciciran.

“Minat dan tingkah laku sangat mempengaruhi kepantasan murid belajar dan menguasai sesuatu topik,” katanya.

Faktor keciciran murid ini juga boleh dianalisis daripada aspek faktor budaya dan persekitaran, kaedah pengajaran guru serta pengaruh rakan sebaya.

Sumber : Facebook Cikgu Fadli Salleh

https://www.sinarharian.com.my/article/213102/edisi/video-kehadiran-pelajar-ke-sekolah-di-pulau-pinang-makin-merosot

https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/07/978371/transformasi-pendidikan-penting-tangani-isu-keciciran-murid

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/07/973780/silibus-pembelajaran-harus-sesuai-tahap

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *