Antarabangsa
Persatuan ragbi England putuskan atlet transgender tidak boleh sertai kategori wanita
Majlis Persatuan Bola Sepak Ragbi England (RFU) memutuskan dasar baharu penyertaan dalam sukan itu, di mana mereka yang menukar jantina tidak boleh menyertai kategori jantina bertentangan.

- Majlis RFU putuskan dasar baharu bahawa mereka dilahirkan sebagai lelaki tidak boleh menyertai kategori wanita.
- Pembaharuan dasar jantina dalam penyertaan ragbi di England itu mendapat 33 undi menyokong, 26 menentang dan dua tidak hadir.
- Sains membuktikan perbezaan ketara dari segi kekuatan, stamina dan fizikal antara lelaki (sejak lahir) dan wanita.
- Kaum lelaki masih mempunyai kemampuan tinggi biarpun selepas menjalani prosedur ‘testosterone suppression’.
ENGLAND – Majlis Persatuan Bola Sepak Ragbi England (RFU) memutuskan dasar baharu penyertaan dalam sukan itu, di mana mereka yang menukar jantina tidak boleh menyertai kategori jantina bertentangan.
Ini bermakna mereka yang lahir sebagai lelaki yang menukar jantina, tidak boleh menyertai ragbi kategori wanita.
Dasar pembaharuan bagi musim 2022/23 yang diputuskan RFU menerima 33 undian menyokong, 26 menentang dan dua undi tidak hadir.
RFU mula menyemak dasar tersebut dengan lebih terperinci pada musim luruh 2020 melalui tinjauan pada musim luruh membabitkan 11,000 responden, perbincangan dan mengumpul pelbagai bukti-bukti saintifik pakar serta kerjasama badan sukan lain.
Kajian mendapati banyak bukti-bukti di mana terdapat perbezaan yang amat ketara dari segi kekuatan, stamina dan fizikal antara lelaki (sejak lahir) dan wanita.
Ini kerana, lelaki mempunyai hormon testosteron dan kemampuan selepas akil baligh yang amat tinggi jika dibandingkan dengan wanita walaupun selepas kaum lelaki menjalani prosedur ‘testosterone suppression’.
Sains membuktikan bahawa asas dasar penyertaan atlet transgender pada asal kelahirannya adalah seorang lelaki dalam ragbi kategori wanita, tidak akan dapat diseimbangkan dari segi keselamatan dan keadilan persaingan.
Majlis RFU memutuskan selagi tidak ada perkembangan sains yang berjaya menunjukkan hasil sebaliknya, pendekatan berjaga-jaga amatlah penting bagi memastikan persaingan yang adil serta keselamatan semua pihak.
Susulan, Majlis RFU meluluskan perubahan dasar baharu itu bagi membenarkan pemain ragbi dalam kategori wanita hanya boleh disertai atlet wanita (sejak lahir) sahaja.
Sumber: England Rugby
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN