Connect with us

Antarabangsa

Larang wanita bertudung di sekolah, Perancis langgar perjanjian hak antarabangsa – PBB

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mendapati Perancis melanggar perjanjian hak antarabangsa apabila negara itu melarang seorang wanita daripada memakai tudung ketika mengikuti kursus di sebuah sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

hak antarabangsa di perancis tidak diikuti
Foto: AFP.
  • PBB dapati Perancis langgar Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik kerana melarang wanita memakai tudung ketika mengikuti kursus di sebuah sekolah 
  • Aduan difailkan wanita warga Perancis pada 2016 namun peguam wanita itu tidak mahu nama anak guam mereka disiarkan.
  • Wanita itu jalani kursus latihan profesional untuk dewasa pada 2010, dan lulus temu duga serta ujian kemasukan tetapi pengetua sekolah tinggi Paris enggan membenarkannya memasuki premis itu.
  • Ia berikutan larangan memakai simbol agama di kemudahan pendidikan awam.

GENEVA: Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mendapati Perancis melanggar perjanjian hak antarabangsa apabila negara itu melarang seorang wanita daripada memakai tudung ketika mengikuti kursus di sebuah sekolah.

Jawatankuasa terbabit memutuskan bahawa tindakan berkenaan melanggar Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik, susulan aduan difailkan wanita warga Perancis pada 2016, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, peguam wanita itu tidak mahu nama anak guam mereka yang dilahirkan pada 1977 itu disiarkan.

Wanita itu dilaporkan menjalani kursus latihan profesional untuk dewasa pada 2010, dan lulus temu duga serta ujian kemasukan.

Namun, pengetua sebuah sekolah tinggi di pinggir bandar Paris enggan membenarkannya memasuki premis itu berikutan larangan memakai simbol agama di kemudahan pendidikan awam.

“Melarang beliau daripada meneruskan penyertaan dalam kursus pendidikan yang diikutinya ketika memakai tudung, adalah sekatan terhadap kebebasan beliau dalam beragama, sekali gus melanggar perjanjian terbabit,” menurut jawatankuasa berkenaan.

Keputusan jawatankuasa itu diterima pakai pada Mac lalu, namun baru dihantar kepada peguam wanita berkenaan, semalam.

“Ini adalah satu keputusan penting yang menunjukkan Perancis mempunyai tugas yang perlu dilakukan dari segi hak asasi manusia, terutama dalam isu menghormati minoriti agama, khususnya komuniti Muslim,” kata peguam wanita itu, Sefen Guez Guez, kepada AFP. 

Sumber : AFP/ Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *