Connect with us

Terkini

Kerap mencuri, anak angkat diheret dan ditarik rambut!

Wanita warga emas ditahan kerana dipercayai mendera kanak-kanak perempuan yang juga anak angkatnya di Tanjong Sepat, dekat sini, malam tadi, lapor Harian Metro hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

warga emas ditahan anak angkat diheret dan ditarik rambut
Foto: Tangkapan skrin dari satu rakaman video berdurasi 33 saat melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar orang awam.
  • Wanita berusia lingkungan 60-an dipercayai dera kanak perempuan yang juga anak angkatnya yang dijaga sejak kecil hingga kini berusia lingkungan 10 tahun.
  • Warga emas itu ditahan pada jam 12.10 tengah malam tadi, di Tanjong Sepat.
  • Mangsa disahkan mengalami kecederaan ringan di kepala oleh pegawai perubatan ketika terima rawatan di Hospital Banting.
  • Polis dapat laporan daripada Ketua Balai Polis Tanjong Sepat yang menerima satu rakaman video berdurasi 33 saat melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar orang awam, semalam.
  • “Video berkenaan memaparkan seorang wanita sedang menarik rambut serta mengheret kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian seragam sekolah di jalan di hadapan rumah,” – Ketua Polis Daerah Kuala Langat.
  • Hasil siasatan awal, suspek mendakwa punca kejadian disebabkan mangsa beberapa kali mencuri wang miliknya dan tujuan dia berbuat demikian supaya mangsa tidak mengulangi perbuatan mencuri lagi.

Kuala Langat: Wanita warga emas ditahan kerana dipercayai mendera kanak-kanak perempuan yang juga anak angkatnya di Tanjong Sepat, dekat sini, malam tadi, lapor Harian Metro hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, wanita berusia lingkungan 60-an itu ditahan di rumahnya pada jam 12.10 tengah malam tadi. 

Beliau berkata, polis mendapat laporan daripada Ketua Balai Polis Tanjong Sepat yang menerima satu rakaman video berdurasi 33 saat melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar orang awam, semalam.

Katanya, video berkenaan memaparkan seorang wanita sedang menarik rambut serta mengheret kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian seragam sekolah di jalan di hadapan rumah.

“Hasil siasatan suspek adalah wanita warga tempatan dan mangsa adalah anak angkat berdaftar kepada suspek yang dipercayai tinggal bersama sejak kecil dan kini berusia lingkungan 10 tahun.

“Bertindak atas maklumat, pasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Ridhwan berkata, hasil siasatan awal, suspek mendakwa punca kejadian disebabkan mangsa beberapa kali mencuri wang miliknya dan tujuan dia berbuat demikian supaya mangsa tidak mengulangi perbuatan mencuri lagi. 

Katanya, wanita berkenaan juga tidak memiliki sebarang rekod lampau. 

“Kanak-kanak perempuan itu diselamatkan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan sebelum disahkan mengalami kecederaan ringan di kepala oleh pegawai perubatan hospital. 

“Kanak-kanak berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending