Terkini
Kedai makan kontroversi di Pulau Pinang, sah tiada sijil halal
Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

- Siasatan dapati pemilik kedai tersebut yang juga seorang Muslim turut mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli-belah di sini, namun ia milik bersama antara lelaki Muslim tersebut bersama seorang pemilik bukan Islam.
- Pemeriksaan premis di pusat beli-belah itu didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
- Siasatan dibuat semalam, melibatkan JHEAIPP dan KPDNHEP Pulau Pinang di medan selera di kompleks beli-belah serta kedai nasi ayam dan itik di Paya Terubong.
- Hasil siasatan mendapati nasi ayam dan itik yang dimasak di premis di kompleks beli-belah tersebut turut dibawa untuk dijual di kedai di Sungai Ara.
- “Siasatan oleh JHEAIPP mendapati, kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara tidak dibuka. Selain kedai itu, kita turut menjalankan siasatan di sebuah restoran menjual nasi ayam dan itik di Paya Terubong. Premis itu menyediakan makanan nasi ayam, itik dan juga daging khinzir,”- Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
GEORGETOWN – Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Hanif Omar@Wahab berkata, siasatan mendapati pemilik kedai tersebut yang juga seorang Muslim turut mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli-belah di sini.
Bagaimanapun katanya, untuk premis di kompleks beli-belah, ia milik bersama antara lelaki Muslim tersebut bersama seorang pemilik bukan Islam.
Menurutnya, pemeriksaan pada premis di pusat beli-belah itu juga didapati tidak mempunyai SPHM.
“Siasatan dijalankan pada hari ini (Selasa) bermula jam 10.45 pagi hingga 3 petang di dua lokasi iaitu sebuah medan selera di kompleks beli-belah dan sebuah kedai nasi ayam dan itik di Paya Terubong.
“Ia melibatkan JHEAIPP dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi pada Selasa, lapor Sinar Harian semalam.
Tambah beliau, hasil siasatan mendapati nasi ayam dan itik yang dimasak di premis di kompleks beli-belah tersebut turut dibawa untuk dijual di kedai di Sungai Ara.
“Siasatan oleh JHEAIPP mendapati, kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara tidak dibuka. Selain kedai itu, kita turut menjalankan siasatan di sebuah restoran menjual nasi ayam dan itik di Paya Terubong.
“Premis itu menyediakan makanan nasi ayam, itik dan juga daging khinzir,” katanya.
Jelasnya lagi, pemilik kedai tersebut mengaku hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran di Paya Terubong untuk diberi kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.
“Kita menasihati pemilik kedai tersebut memohon SPHM daripada JHEAIPP,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa dua lelaki dipercayai pemilik premis menjual nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli-belah di sini diambil keterangan oleh sekumpulan penguat kuasa yang terdiri daripada KPDNHEP Pulau Pinang dan JHEAIPP.
Sesi soal siasat itu dilakukan di hadapan sebuah premis di kompleks membeli-belah di sini pada tengah hari Selasa.

Pemilik kedai nasi ayam disoal, sumber Berita Harian.
Salah seorang penguat kuasa ketika ditemui di lokasi berkata, mereka hanya datang untuk mengambil keterangan bagi menjalankan siasatan selanjutnya.
Katanya, hasil keterangan awal, mereka mendakwa nasi ayam dan nasi itik tersebut dimasak di premis makanan di sebuah kompleks membeli-belah di sini sebelum dibawa ke kedai di Sungai Ara.
Terdahulu, tular klip video berdurasi 2 minit 38 saat berhubung dua lelaki Melayu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.
Perkara itu telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Muslim terutamanya pelanggan yang pernah membeli juadah nasi ayam di kedai terbabit.
Difahamkan, setelah tular video tersebut, pemilik gerai telah menutup perniagaan mereka selepas dinasihati penduduk berdekatan.
Lebih mengecewakan, kedai itu tular dan mendapat perhatian ramai setelah ia mendapat liputan daripada seorang pempengaruh media sosial.
Bagaimanapun, pempengaruh tersebut telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang mana dia tidak mengetahui mengenai tuduhan tersebut dan hanya menjalankan tugas setelah dibayar untuk membuat ulasan.
Bimbang tuduhan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan, pempengaruh tersebut telah memadam video berkenaan.
Susulan daripada itu, tular sebuah lagi video dipercayai daripada pemilik kedai yang menafikan tuduhan tersebut.
Pemilik kedai terbabit menjelaskan bahawa mereka memasak makanan itu sendiri di sebuah premis di kompleks membeli-belah sebelum membawanya untuk dijual di premisnya.
Sumber : Sinar Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak