Connect with us

Antarabangsa

India adakan latihan ‘ala komando’, takut dengan peningkatan penduduk Muslim

Rashtriya Bajrang Dal (RBD) mengadakan kem latihan ‘ala komando’ sebagai persediaan bagi menghadapi bahaya daripada peningkatan penduduk Muslim Bengal dan bagi menggagalkan rancangan Muslim untuk menawan kuasa politik di Assam, lapor Samudera memetik sebuah portal antarabangsa.

Wartawan TMT

Published

on

India adakan latihan ‘ala komando’
Foto: Kem latihan Hindutva.
  • Rashtriya Bajrang Dal (RBD) adakan kem latihan ‘ala komando’  sebagai persediaan menghadapi bahaya peningkatan penduduk Muslim Bengal dan bagi menggagalkan rancangan Muslim menawan kuasa politik di Assam.
  • Kem dipimpin Presiden Hindu Parishad Antarabangsa, Praveen Togadia, terletak 250 kilometer ke barat ibu kota Assam, Guwahati dan tidak jauh dari sempadan negeri Bangladesh itu mengumpulkan 240 lelaki remaja untuk latihan tersebut.
  • Sesi latihan tertumpu kepada taktik pertempuran jarak dekat, seni pertahankan diri, asas pengendalian senjata kecil, yoga, bertahan dalam keadaan genting dan diajarkan orientasi ideologi.
  • Sebilangan pegawai kerajaan yang bersara turut memberi bantuan dalam sesi latihan.
  • RBD merekrut hampir 50,000 aktivis dari 23 daerah di Assam dan sedang berusaha merekrut lebih ramai kadet.
  • Lebih banyak kem latihan bakal dibina di daerah yang mempunyai pertambahan penduduk Muslim Bengal yang tinggi.
  • Rashtriya Bajrang Dal (RBD) merupakan sebuah pertubuhan di bawah Vishva Hindu Parishad yang berusaha mewujudkan perubahan tenaga belia sebagai tenaga negara.

ASSAM – Rashtriya Bajrang Dal (RBD) mengadakan kem latihan ‘ala komando’ sebagai persediaan bagi menghadapi bahaya daripada peningkatan penduduk Muslim Bengal dan bagi menggagalkan rancangan Muslim untuk menawan kuasa politik di Assam, lapor Samudera memetik sebuah portal antarabangsa.

Kem yang dipimpin oleh Presiden Hindu Parishad Antarabangsa, Praveen Togadia, terletak 250 kilometer ke barat ibu kota Assam, Guwahati dan tidak jauh dari sempadan negeri Bangladesh itu mengumpulkan 240 lelaki remaja untuk latihan tersebut.

Sesi latihan itu persis latihan komando namun ia tidak dijalankan oleh pihak polis mahupun angkatan tentera dan tiada latihan tembakan sebenar menerusi senjata.

Lapor portal berkenaan, sesi latihan itu menumpukan kepada taktik pertempuran jarak dekat, seni mempertahankan diri, asas pengendalian senjata kecil, yoga, bertahan dalam keadaan genting dan turut mengajarkan orientasi ideologi.

Menurut petugas kanan dari ibu pejabat RBD di Delhi yang menyelia latihan itu, sesi latihan itu turut mendapat bantuan dari sebilangan pegawai Kerajaan yang telah bersara.

Kata seorang peserta kem latihan itu, RBD telah merekrut hampir 50,000 aktivis dari 23 daerah di Assam dan mereka sedang berusaha untuk merekrut lebih ramai kadet.

Bahkan, RBD juga merancang untuk membina lebih banyak kem latihan di daerah-daerah yang mempunyai pertambahan penduduk Muslim Bengal yang tinggi.

Advertisement

Rashtriya Bajrang Dal (RBD) merupakan sebuah pertubuhan di bawah Vishva Hindu Parishad yang berusaha mewujudkan perubahan tenaga belia sebagai tenaga negara.

Sumber : Samudera

 

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending