Terkini
“Gaji rendah, antara punca lepasan SPM tidak sambung pengajian,” – Menteri Pendidikan
Kadar gaji yang masih rendah serta tidak berubah sejak beberapa tahun lalu menjadi antara cabaran untuk memastikan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

- Kementerian Pendidikan mengakui kadar gaji rendah dan tidak berganjak sejak beberapa tahun lalu antara cabaran memastikan lepasan SPM sambung pengajian.
- Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin mencadangkan Kerajaan Persekutuan memberi lebih tumpuan kepada proses pembinaan ekonomi bernilai tinggi untuk mewujudkan pendapatan lebih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
- “Antara cabaran yang kita hadapi adalah isu struktural, (dimana kita lihat) apa yang berlaku (dan) dalam konteks ini, kita lihat gaji kita agak ‘stagnant for the past years’, yang mana kos sara hidup meningkat, inflasi dari tahun ke tahun ada kadar inflasi meningkat.”
- “Maka, apabila anak-anak ini masuk ke ruang pekerjaan mereka merasakan bahawa kadang-kadang belajar pun gajinya tidak tinggi, itu cabaran yang kita hadapi (dan perlu diselesaikan).”
- Tiga faktor utama mereka berusia 17 hingga 18 tahun tidak minat menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpengaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik.
LANGKAWI: Kadar gaji yang masih rendah serta tidak berubah sejak beberapa tahun lalu menjadi antara cabaran untuk memastikan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Sehubungan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin mencadangkan Kerajaan Persekutuan memberi lebih tumpuan kepada proses pembinaan ekonomi bernilai tinggi yang dilihat mampu menjadi penyumbang utama kepada pendapatan lebih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Antara cabaran yang kita hadapi adalah isu struktural, (dimana kita lihat) apa yang berlaku (dan) dalam konteks ini, kita lihat gaji kita agak ‘stagnant for the past years’, yang mana kos sara hidup meningkat, inflasi dari tahun ke tahun ada kadar inflasi meningkat.
“Maka apabila anak-anak ini masuk ke ruang pekerjaan mereka berasakan bahawa kadang-kadang belajar pun gajinya tidak tinggi, itu cabaran yang kita hadapi (dan perlu diselesaikan),” katanya menurut Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan gimik Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bohor Jaya di Kedawang, Langkawi pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Radzi memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan proses latihan secara menyeluruh kepada guru-guru dan kaunselor bagi menanam minat pelajar secara semula jadi daripada sistem persekolahan ketika ini.
Ia adalah bagi memastikan pelajar-pelajar yang ada tidak tertinggal khususnya dari konteks sains dan teknologi yang mana akan memberi kesan besar kepada negara pada masa akan datang
“We’re working to dissect the data to the next level, nak lihat secara lebih terperinci berkaitan data (berhubung pelajar tidak minat meneruskan pengajian), perincian data ini penting, sebarang tindakan adalah berdasarkan perincian data.
“Tetapi pada pihak kita, kita akan sentiasa pastikan anak-anak ini dapat bersaing, kalau mereka terus terkebelakang sebagai contoh dalam konteks sains dan teknologi, kalau mereka terus terkebelakang, minat untuk teruskan dalam bidang profesional sains dan teknologi ini tidak ada, maka negara akan menghadapi satu cabaran pada masa yang akan datang,” katanya lagi pada Ahad.
Terdahulu, dilaporkan bahawa kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran.
Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021.
Mengikut data kajian tahun 2019, membabitkan 560,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan namun selepas keputusan, hanya kira-kira 170,000 memilih menyambung pengajian manakala bakinya 390,000 telah memasuki pasaran kerja.
Tiga faktor utama mereka yang berusia 17 hingga 18 tahun tidak minat menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpengaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik.
Sumber : Astro Awani
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa4 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah