Antarabangsa
Ettihad Ayyad, wanita Palestin pertama dan tertua miliki lesen traktor
Sebaik sahaja menuai hasil tanaman di tanah pertanian sewanya di Jericho Tebing Barat, Ettihad Ayyad, 50, meletakkan semua sayur-sayurannya di dalam troli kecil yang disangkut pada traktornya, lalu memandu ke pasar tempatan.
- Ettihad Ayyad, wanita warga Palestin mendapat lesen traktor bagi memudahkan urusan perniagaan pertanian keluarganya.
- Kementerian Pengangkutan Palestin memaklumkan bahawa wanita berusia 50 tahun itu telah menjadi wanita Palestin pertama yang memperoleh lesen memandu traktor di wilayah Palestin.
- Menteri Pertanian, Riad al-Atari memuji usaha Ettihad dan memberi penghormatan kepadanya sebagai “petani perintis” sambil memuji penyertaan wanita Palestin dalam semua aspek kehidupan bekerja.
GAZA — Sebaik sahaja menuai hasil tanaman di tanah pertanian sewanya di Jericho Tebing Barat, Ettihad Ayyad, 50, meletakkan semua sayur-sayurannya di dalam troli kecil yang disangkut pada traktornya, lalu memandu ke pasar tempatan.
Ketika memandu traktornya, polis trafik menahan dan meminta lesen memandu, namun wanita itu tidak mempunyai lesen traktor.
Susulan insiden ditahan polis itu, Ettihad memutuskan untuk mendapatkan lesen pemandu traktor dan menyertai sekolah latihan memandu.
Ettihad belajar dan berlatih cara pemanduan traktor ketika dia bekerja dengan suaminya yang membajak ladang tanaman dengan kawasan seluas kira-kira 25,000 meter persegi.
Awal Julai lalu, Kementerian Pengangkutan Palestin memaklumkan bahawa wanita itu menjadi wanita Palestin pertama yang memperoleh lesen memandu traktor di wilayah Palestin.
Menteri Pertanian Palestin, Riad al-Atari memuji usaha Ettihad dan memberi penghormatan kepadanya sebagai “petani perintis” sambil memuji penyertaan wanita Palestin itu dalam semua aspek kehidupan bekerja.
“Ramai menggalakkan saya untuk mengambil langkah ini (mengambil lesen traktor). Saya sangat bersemangat untuk mengatasi pelbagai cabaran yang mendatang, yang paling penting ialah latihan untuk memandu model traktor baharu kerana saya biasa memandu traktor lama,” katanya kepada Al-Monitor.
Hani Ayyad, suami kepada Ettihad, sangat berbangga dengan isterinya terutama apabila dia melihat orang ramai menyapanya ketika bekerja di atas traktor di tanah ladang.
“Isteri saya pergi ke doktor ortopedik beberapa hari lalu dan terkejut kerana doktor itu mengucapkan tahniah kepada isteri saya kerana mendapat lesen.
“Doktor itu memaklumkan bahawa dia mendapat perkhabaran mengenai Ettihad daripada media,” katanya.
Beberapa tahun lalu, suaminya berhenti kerja dalam bidang pertanian untuk mencari pekerjaan lain bagi menampung kehidupan, namun itu tidak mematahkan semangat Ettihad untuk terus bekerja di lapangan dan memikul semua tugas berkaitan buruh pertanian.
Sepertimana semua petani di Jericho, Ettihad mengalami serangan berulang rejim Israel, termasuk rampasan peralatan dan jentera pertanian, sabotaj disengajakan ke atas tanah pertanian mereka dan mencabut anak benih sawit dan sitrus miliknya.
Sumber: Al-Monitor
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR