Connect with us

Antarabangsa

Cacar monyet: Manusia yang sebar, monyet pula yang dibunuh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan penularan cacar monyet tiada kaitan dengan monyet dan menggesa orang ramai berhenti membunuh haiwan itu atas alasan mahu bendung jangkitan.

Wartawan TMT

Published

on

Manusia yang sebar monyet pula yang dibunuh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • WHO tegaskan cacar monyet tiada kaitan dengan monyet.
  • Cacar monyet menerima nama itu kerana virus pada mulanya dikesan pada monyet yang disimpan untuk penyelidikan di Denmark.Bagaimanapun, penyakit sama turut ditemui pada beberapa haiwan lain dan paling kerap pada tikus.
  • Ketakutan terhadap cacar monyet mendorong orang ramai membunuh monyet yang disangka menjadi puncanya sehingga ada spesies yang terancam.
  • Jurucakap WHO, Margaret Harris, berkata apa yang mustahak dan perlu diketahui orang awam adalah wabak itu menular antara manusia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan penularan cacar monyet tiada kaitan dengan monyet dan menggesa orang ramai berhenti membunuh haiwan itu atas alasan mahu bendung jangkitan.

Menurut badan dunia itu, peningkatan kes cacar monyet di Amerika Selatan yang turut mencatatkan beberapa kematian, menyebabkan penduduk setempat panik dan mula membunuh pelbagai spesies monyet terutama di Brazil.

Jurucakap WHO, Margaret Harris, berkata apa yang mustahak dan perlu diketahui orang awam adalah wabak itu menular antara manusia.

Justeru, tegas beliau, primat tidak boleh dipersalahkan atas lonjakan kes cacar monyet di Brazil atau mana-mana negara lain dan merayu supaya tindakan membunuh dengan menyerang atau meracun haiwan itu, yang meningkat ketara di Amerika Selatan, dihentikan segera.

Media tempatan melaporkan terdapat peningkatan serangan terhadap monyet pelbagai spesies oleh manusia menggunakan batu atau racun di beberapa bandar di Brazil.

Di kawasan rizab semula jadi di Rio do Preto, Sao Paulo, sebanyak 10 ekor monyet diracun atau dicederakan dengan sengaja dalam tempoh kurang seminggu, menurut laporan laman berita G1.

Penyelamat dan aktivis mengesyaki monyet berkenaan diracun dan diserang selepas tiga kes cacar monyet disahkan di kawasan berkenaan, lapor G1.

Advertisement

Secara globalnya, hampir 90 negara merekodkan lebih 29,000 kes dan 12 kematian di akibat lonjakan global jangkitan cacar monyet sejak Mei lalu, di luar wilayah barat dan tengah negara Afrika di mana penyakit itu sudah lama menjadi endemik.

Setakat ini, Brazil merekodkan lebih 1,700 kes dan satu kematian, menurut data WHO.

Harris menjelaskan, meskipun terdapat monyet dalam nama penyakit itu, haiwan berkenaan bukan pembawa utama wabak itu, malah menegaskan ia langsung tidak ada kaitan dengan penularan semasa sekarang.

Cacar monyet menerima nama itu kerana virus pada mulanya dikesan pada monyet yang disimpan untuk penyelidikan di Denmark.

Bagaimanapun, penyakit sama turut ditemui pada beberapa haiwan lain dan paling kerap pada tikus.

Walaupun virus berkenaan boleh ‘melompat’ dari haiwan kepada manusia, Harris menjelaskan, lonjakan kes global baru-baru ini disebabkan penularan berpunca daripada kontak rapat antara manusia.

Advertisement

“Kebimbangan sepatutnya mengenai di mana ia (merebak) dalam kalangan manusia dan apa yang penduduk di kawasan wabak boleh lakukan untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti dan menjangkiti,” katanya.

Sumber : AFP

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending