Connect with us

Terkini

Budaya duit kopi punca rasuah berakar – Mahathir

Pemberian duit kopi yang dianggap kecil boleh mengakibatkan punca amalan rasuah dan perlu dihentikan bagi memerangi gejala rasuah yang lebih besar. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Budaya duit kopi punca rasuah berakar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Budaya pemberian duit kopi bermula sejak dahulu dianggap kecil sehingga menjadi kebiasaan sekaligus menjurus kepada amalan rasuah.
  • Duit kopi datang daripada pelbagai sumber, sebagai contoh mereka yang bekerja di sektor yang terlibat meluluskan tender projek amat terdedah dengan budaya duit kopi.
  • Kes penyalahgunaan kuasa termasuk tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sebenarnya banyak bermula daripada duit kopi.

KUALA LUMPUR – Pemberian duit kopi yang dianggap kecil boleh mengakibatkan punca amalan rasuah dan perlu dihentikan bagi memerangi gejala rasuah yang lebih besar. 

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Mahathir Md Rais berkata, amalan memberi duit kopi merupakan faktor bermulanya amalan rasuah.

Menurutnya, baik di sektor awam mahupun swasta, perkara yang satu masa dahulu dianggap kecil namun akhirnya menjadi budaya dan ikutan yang sukar dibuang.

“Duit kopi ini sebenarnya permulaan untuk mendekati rasuah paling besar, oleh kerana nama pun duit kopi jadi tidak ada siapa yang ambil pusing isu berkenaan,” kata beliau.

Jelas Mahathir, duit kopi datang daripada pelbagai sumber, sebagai contoh mereka yang bekerja di sektor yang terlibat meluluskan tender projek amat terdedah dengan budaya duit kopi.

“Bayangkan baru bekerja dah mula minta macam-macam. Itu belum lagi projek diluluskan, lain pula tuntutannya nanti meskipun syarikat atau individu yang terpilih memang berhak mendapat projek berdasarkan rekod baiknya sebelum ini,” jelasnya.

Mahathir berkata, kes penyalahgunaan kuasa termasuk tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sebenarnya banyak bermula daripada duit kopi.

“Integriti mereka yang terlibat perlulah dijaga kerana bila kita bersetuju menerima imbuhan maka kita bersetuju untuk bersekongkol dengan penjenayah kolar putih,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *