Connect with us

Antarabangsa

Ahli arkeologi jumpa estet mewah dari zaman Islam di Semenanjung Sinai

Ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA) membongkar penemuan estet mewah yang bertarikh zaman Islam semasa kerja-kerja pembinaan kejiranan baharu di bandar Rahat di padang pasir Negev di selatan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli arkeologi jumpa estet mewah dari zaman Islam di Semenanjung Sinai
Foto: Sumber Israel Antiquities Authority.
  • Ahli arkeologi menemui sebuah ladang  besar dengan halaman tengah yang terletak di atas kompleks berkubah dan tangki air sedalam tiga meter yang dipercayai bermula pada zaman awal Islam dari abad ke-8 hingga ke-9 masihi.
  • Penemuan estet mewah dari zaman Islam itu dibongkar ketika kerja-kerja pembinaan kejiranan bandar Rahat di padang pasir Negev di selatan Israel.
  • “Estet yang mewah dan peti besi bawah tanah yang mengagumkan adalah bukti kemampuan pemiliknya. Status tinggi dan kekayaan membolehkan mereka membina rumah mewah yang berfungsi sebagai kediaman dan tempat berhibur,” kata pengarah ekskavasi.

Ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA) membongkar penemuan estet mewah yang bertarikh zaman Islam semasa kerja-kerja pembinaan kejiranan baharu di bandar Rahat di padang pasir Negev di selatan Israel.

Wilayah itu dahulunya diperintah suku Al-Tayaha (puak Al-Hezeel) iaitu orang Badwi Negev yang menetap di Semenanjung Sinai di tahun-tahun awal penaklukan Muslim di kawasan itu.

Ahli arkeologi menemui sebuah ladang besar dengan halaman tengah yang terletak di atas kompleks berkubah dan tangki air sedalam tiga meter yang dipercayai berasal dari zaman awal Islam dari abad ke-8 hingga ke-9 masihi.

Estet ini mempunyai empat bahagian sayap, di mana salah satu sayapnya mempunyai dewan berturap lantai marmar dan batu serta dinding dihiasi dengan lukisan dinding menggunakan pigmen merah, kuning, biru dan hitam.

Beberapa bilik lain mempunyai lantai plaster dan ketuhar besar untuk memasak, manakala serpihan hidangan kaca yang halus juga turut ditemui.

“Estet yang mewah dan peti besi bawah tanah yang mengagumkan adalah bukti kemampuan pemiliknya. Status tinggi dan kekayaan membolehkan mereka membina rumah mewah yang berfungsi sebagai kediaman dan tempat berhibur,” kata pengarah ekskavasi (penggalian), Oren Shmueli, Dr Elena Kogan-Zehavi dan Dr Noé D. Michael.

Pengarah Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Eskosido berkata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel dan Pihak Berkuasa Pembangunan dan Penempatan Badwi sedang merancang untuk memulihara dan mempamerkan penemuan itu kepada masyarakat umum.

Sumber: Heritage daily

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *