Connect with us

Antarabangsa

Sekolah Los Angeles galak ideologi songsang

Seorang ahli Institut Manhattan, Christopher Rufo berkongsi cerita tentang sebuah dokumen yang diedarkan oleh Los Angeles Unified School District (LAUDS), di mana dokumen tersebut menggalakkan sekolah untuk menyebarkan ideologi songsang bertujuan membanteras diskriminasi terhadap golongan LGBT dalam kalangan masyarakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

los angeles galak ideologi lgbt
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Los Angeles Unified School District (LAUDS) menggalakkan sekolah di Amerika Syarikat untuk menerima ideologi songsang.
  • Antara dokumen yang diedarkan bagi menyebarkan ideologi tersebut adalah ‘Queer and Trans-Affirming School Calendar”.
  • LAUSD bukan satu-satunya agensi yang menggalakkan ideologi songsang ini.

LOS ANGELES – Seorang ahli Institut Manhattan, Christopher Rufo berkongsi cerita tentang sebuah dokumen yang diedarkan oleh Los Angeles Unified School District (LAUDS), di mana dokumen tersebut menggalakkan sekolah untuk menyebarkan ideologi songsang bertujuan membanteras diskriminasi terhadap golongan LGBT dalam kalangan masyarakat.

Rufo melalui suatu ciapan di akaun Twitter menyatakan bahawa LAUDS telah menggalakkan penggunaan kata ganti nama tidak berasaskan jantina seperti ‘they/them’.

Tambahnya lagi, LAUDS telah menyediakan panduan komprehensif bagi mengubah sistem pedagogi sekolah agar menjadi pro-LGBT.

Antara dokumen yang diterima oleh Rufo adalah ‘Queer and Trans-Affirming School Calender” yang nyata menyokong aktiviti songsang tersebut.

LAUDS turut menjalankan perbincangan mengenai isu ini dan menegaskan matlamat utamanya adalah untuk ‘mengubah pemikiran dan penggunaan bahasa’ warga pendidik agar pro-LGBT.

Mereka menasihati para guru agar tidak menggunakan perkataan ‘lelaki atau perempuan’.

Pada 2019, polisi sekolah telah digubal bagi membenarkan murid-murid mengguna pakai kata ganti nama mengikut identiti jantina songsang mereka, tanpa mendapat persetujuan mahkamah dan kebenaran ibu bapa.

Dokumen tersebut turut menegaskan sekiranya warga pendidik sekolah tidak pasti panggilan apa yang patut digunakan, mereka wajib mendapatkan kepastian murid tersebut secara peribadi.

Dilaporkan yang LAUSD bukan satu-satunya agensi yang menggalakkan ideologi songsang ini, terdapat banyak daerah lain di Amerika Syarikat yang turut mengetengahkan isu ini.

Sumber : The Christian Post

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *