Connect with us

Terkini

Rizal ‘Crackhouse’ didakwa hari ini

Pada 14 Julai lalu, lelaki tersebut telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

rizal crackhouse
  • Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club akan dituduh di Mahkamah Khas Siber hari ini berhubung dakwaan rakaman menunjukkan persembahan komedinya berbaur perkauman.
  • Kes dibicarakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah, (Mahkamah Siber Kuala Lumpur).
  • Pada 14 Julai lalu, lelaki tersebut telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

KUALA LUMPUR – Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel akan dituduh di Mahkamah Khas Siber pada hari ini berhubung dakwaan video rakaman menunjukkan persembahan komedirinya berbaur perkauman di kelab komedi tersebut di Taman Tun Dr. Ismail.

Menerusi laporan Sinar Harian, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 14 Julai lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

“Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah, (Mahkamah Siber Kuala Lumpur),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada 14 Julai lalu, PDRM menahan seorang lelaki pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber : Sinar Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *