Connect with us

Terkini

“Lawak biadap budaya Barat, bukan Malaysia.” – Ahmad Farami

Demikian soalan yang diajukan oleh Ahmad Farami, Pensyarah Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) di laman Facebooknya.

Wartawan TMT

Published

on

Ahmad Farami UiTM
Foto: Ahmad Farami, Pensyarah Pengajian Media UiTM
  • Ahmad Farami, Pensyarah Pengajian Media UiTM,  tidak bersetuju dengan komedi biadap, kutuk bangsa seperti video yang sedang tular.
  • Lawak berunsurkan hinaan dan stereotaip negatif sememangnya tidak beretika.
  • Jika humor disebabkan perbezaan budaya atau situasi melucukan dalam interaksi harian ia tiada isu.
  • Farami turut berkongsi wujud komen-komen mengatakan Malaysia tidak maju, jumud dan terlalu sensitif jauh berbeza dengan dunia barat yang menjadikan lawak biadap sebegitu sebagai budaya popular.
  • Beliau turut menekankan kepentingan menghormati unsur-unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia.

KUALA LUMPUR – ‘Salahkah guna material tentang kaum untuk stand-up comedy?’ Demikian soalan yang diajukan oleh Ahmad Farami, Pensyarah Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) di laman Facebooknya.

Menurutnya, lawak dibuat berunsurkan hinaan dan stereotaip negatif sememangnya tidak beretika sebaliknya jika humor yang tercetus disebabkan perbezaan budaya atau situasi melucukan dalam interaksi harian ia tiada isu.

FB Ahmad Farami

Laughing with the outgroup, not laughing at the outgroup,” katanya pada Selasa yang menjadikan Almarhum Jamali Shadat sebagai contoh pelawak yang mahir menggunakan material kemajmukan etnik.

“Ada stereotaip yang digunakan, tapi berkisar bahasa dan budaya. Eccentricities dan idiosyncrasies satu-satu kumpulan sosial jadi lelucon. Ini juga digunakan dalam sitkom Kampung Seri Wangi dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.”

“Bukan komedi biadap, kutuk bangsa seperti video-video yang sedang tular,” kata Ahmad Farami.

Farami turut berkongsi tentang wujud komen mengatakan Malaysia belum maju, jumud sebab terlalu sensitif jauh berbeza dengan dunia barat apabila komedi seperti video biadap yang telah tular itu sudah menjadi satu budaya popular di sana.

Komen tersebut turut mengangkat nama Russel Peters, Louis CK, Gabriel Iglesias yang dikatakan boleh sahaja melawak menggunakan stereotaip kaum.

Farami berpandangan, komen sebegitu menunjukkan tahap dan bentuk pemikiran mereka.

“Satu, pemikiran bahawa Barat patut jadi piawaian kita, termasuk kaedah berjenaka. Mungkin dirasakan Barat progresif. Kedua, mungkin kesan cultural imperialism yang berlaku tanpa sedar.”

Tambah beliau lagi membidas komen tersebut, “Komedi di Barat, anything goes. Tiada yang sakral. Di sini, kita junjung agama. Kita hormat unsur-unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan.”

Farami sedar kenyataan tersebut mungkin bersifat klise namun kesopanan dan kesusilaan adalah panduan.

“Kita maju dalam acuan kita sendiri, beradab. Ini etika relativisme budaya yang perlu difahami pelawak dan penyokong jenaka no-holds-barred Barat.

“Tapi kalau sudah dijajah sensibiliti dan minda, ini sukar difahami dan diterima. Amerika adalah kiblat komedi mereka.”

Sumber : Facebook Ahmad Farami

Author

Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending