Connect with us

Antarabangsa

Islamofobia di UK: Daging babi diletakkan dalam bekal makanan puasa!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unit Aduan Islamofobia, Cik Mukith, pernah terjadi daging babi diletakkan ke dalam kotak makanan seorang wanita oleh rakan di tempat kerjanya.

Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia
Foto: Sumber utoronto.ca
  • Daging babi diletakkan ke dalam bekal (juadah berbuka puasa) seorang wanita.
  • Diganggu di tempat kerja sehingga mendapat serangan jantung.
  • Ini antara gangguan direkodkan Unit Aduan Islamofobia yang menangani 387 kes diskriminasi dalam tempoh empat tahun lalu.
  • Kajian juga mendapati 69 peratus pekerja Muslim di UK mengaku pernah alami beberapa bentuk gangguan Islamofobia di tempat kerja.

London – Menurut Unit Aduan Islamofobia, ada pengadu yang sejadahnya dicuri serta pernah diserang secara fizikal dan mental.

Faiza Mukith, salah seorang dari badan kebajikan itu, berkata rakan di tempat kerjanya pernah “menarik janggutnya”.

Turut menggelarkan dirinya sebagai “Jafar” yang merupakan watak antagonis dalam filem animasi Disney Aladdin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unit Aduan Islamofobia, Cik Mukith, pernah terjadi daging babi diletakkan ke dalam kotak makanan seorang wanita oleh rakan di tempat kerjanya. Bekal yang dibawa tersebut adalah makanan untuk wanita itu berbuka puasa di bulan Ramadan.

Tambah beliau, ada wanita yang diganggu dengan teruk di tempat kerja sehingga menyebabkan serangan jantung.

“Pakar perubatan sendiri yang mengesahkan tahap kesihatannya berhubung kait dengan apa yang dialaminya di tempat kerja,” jelas Cik Mukith.

Faiza Mukith

Foto: Sumber BBC – Faiza Mukith

Sheymaa, yang tidak mahu menggunakan nama keluarganya pula sanggup tinggalkan tempat kerjanya kerana Islamofobia.

“Saya adalah satu-satunya orang Islam yang jelas kelihatan Islam serta yang berkulit gelap disitu,” katanya.

Tambah Sheymaa, “Ramai rakan sekerja saya berkulit putih dan lebih berusia berbanding saya – kadangkala mereka kelihatan agak tidak suka pada saya.”

Cik Mukith berkata, penderaan sedemikian mempunyai “kesan merosakkan untuk jangka masa yang panjang”.

Badan kebajikan itu telah menangani 387 kes diskriminasi dalam tempoh empat tahun yang lalu.

“Pada mulanya, kita dapat melihat banyak kes jenayah kebencian, gangguan fizikal pun agak banyak, serangan dalam bentuk lisan, dan gangguan di jalanan. Tapi sejak belakangan ini, lebih banyak diskriminasi terutamanya diskriminasi di tempat kerja,” jelas Mukith.

“Ia semakin meningkat – ia tidak berubah.”

Baru-baru ini, tinjauan terhadap 1,503 Muslim UK oleh Savanta ComRes iaitu penyelidikan pakar dalam organisasi korporat melalui platfom atas talian Hyphen (platform pengurusan masalah) mendapati 69% pekerja Muslim di UK mengaku pernah mengalami beberapa bentuk layanan Islamofobia di tempat kerja.

Masalah ini bukan sahaja diambil ringan di London – malah sewaktu pandemik, Polis di daerah barat England mencatatkan lebih daripada 9,000 insiden kebencian kaum telah dilaporkan kepada mereka.

Menurut Burhan Wazir, salah seorang editor di Hyphen,”Beberapa orang yang telah ditemubual, mereka yang mengalami sendiri situasi Islamofobia, menceritakan pengalaman yang sangat ngeri.”

Tambah beliau, majikan perlu tingkatkan usaha bagi menghentikan perkauman di tempat kerja.

“Susah untuk kita tangani masalah ini dengan tingkatkan kesedaran berkaitan isu perkauman dan Islamofobia di ruang awam sahaja, melainkan ia mendapat sokongan di peringkat institusi.”

“Jadi terpulanglah kepada syarikat, institusi awam dan swasta, untuk benar-benar mengetengahkan langkah-langkah dan latihan yang diperlukan serta bagaimana cara mewujudkan kesedaran yang lebih baik mengenai Islamofobia.”

Sumber: BBC UK

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending