Connect with us

Terkini

“Berhenti jadikan agama sebagai bahan jenaka” – NGO pelbagai agama

Seluruh rakyat diseru untuk berpegang kepada kerukunan hidup yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

Wartawan TMT

Published

on

FGIS sumber FB ABIM
Foto: Sumber FB ABIM
  • Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai agama yang bergabung di bawah Friendship Group of Inter-Religious (FGIS) membantah tindakan sesetengah pihak yang menjadikan agama sebagai bahan jenaka.
  • Mereka diminta agar berhenti menjadikan isu sensitif seperti agama sebagai bahan jenaka.
  • Seluruh rakyat diseru untuk berpegang kepada kerukunan hidup yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
  • FGIS nyatakan pendirian untuk terus menyokong usaha semua pihak yang mahu membina dan mengukuhkan pertalian antara kaum dan agama ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

KUALA LUMPUR – Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Friendship Group of Inter-Religious Services (FGIS) bagi membantah tindakan menjadikan agama sebagai bahan jenaka. Hal ini kerana perbuatan mempersenda agama dalam berjenaka boleh membangkitkan ketegangan antara masyarakat di negara ini.

Kenyataan dari FGIS itu mendapat sokongan dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM), Malaysia Hindu Sangam, Council of Churches of Malaysia, Buddhist Maha Vihara, Gerakan Belia Sikh Malaysia (GBSM),  dan Sathya Sai Baba International Organization Malaysia.

“Pihak FGIS menggesa agar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan tindakan menjadikan isu sensitif seperti agama sebagai bahan jenaka.

“Dengan itu, seluruh rakyat digesa untuk berpegang kepada kerukunan hidup yang harmoni dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“FGIS yakin isu ini dapat diselesaikan sekiranya pihak berkenaan menyedari tanggungjawab masing-masing untuk menjaga tatasusila dan prinsip hidup secara damai dengan menjaga sensitiviti dan perasaan semua penganut agama di Malaysia,” katanya lagi.

Menyesali isu panas yang tular, pihak FGIS juga mengharapkan supaya situasi ini dapat diredakan tanpa wujudnya situasi yang lebih parah susulan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa atas lunas undang-undang.

Dalam masa sama, FGIS juga berpendirian tindakan sebegini harus dibendung segera dan berharap supaya perkara sebegini tidak kembali berulang.

FGIS turut menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong usaha semua pihak yang mahu membina dan mengukuhkan talian persahabatan antara kaum dan agama sebagai medium untuk saling memahami antara satu sama lain serta menyemai perpaduan kaum ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia berasaskan tunjang Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

Sumber: Kumpulan Persahabatan -Khidmat Antara Agama

Author

Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending