Connect with us

Ekonomi

Bangga, anak Malaysia cipta komposit getah untuk belon aeroangkasa!

Hasil penyelidikan yang diterajui anak Malaysia berjaya mencipta komposit getah generasi baharu yang akan digunakan dalam pembuatan belon aeroangkasa dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia, demikian kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

belon aeroangkasa
Foto: Bernama.
  • Hasil penyelidikan diterajui anak Malaysia yang berjaya mencipta komposit getah generasi baharu merupakan pencapaian yang membanggakan.
  • Penemuan ini membolehkan Malaysia meneroka lebih banyak pasaran baru. Selain industri getah, Malaysia juga sudah mengorak langkah dalam pensijilan hutan tropika, produk kayu dan perabot.

KUALA LUMPUR – Hasil penyelidikan yang diterajui anak Malaysia berjaya mencipta komposit getah generasi baharu yang akan digunakan dalam pembuatan belon aeroangkasa dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia, demikian kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata komposit getah generasi baharu itu dicipta hasil kombinasi ekstrak graphene dan getah asli menerusi penyelidikan dengan kerjasama universiti terkemuka dunia.

“Penemuan baharu ini membolehkan Malaysia menceburi industri bernilai tinggi dan meneroka pasaran baharu yang melibatkan aplikasi satelit dan aeroangkasa seterusnya membantu meningkatkan nilai eksport produk getah negara,” jelasnya semasa berucap merasmikan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 pada Selasa.

Di samping itu, Malaysia turut dikenali sebagai pengeksport getah asli dan barangan getah yang berkualiti tinggi terutama sarung tangan getah yang telah menembusi hampir 190 negara.

“Sejajar dengan evolusi yang berlaku dalam rantaian penghasilan produk getah masa kini, Malaysia telah mempelbagaikan produk berasaskan getah terutama yang bernilai tinggi,” katanya.

Selain itu, Ismail memberitahu bahawa Malaysia juga menjadi perintis dalam pelaksanaan pensijilan hutan tropika, dikenali sebagai Skim Pensijilan Kayu Malaysia yang diiktiraf dan diperakui negara-negara dunia.

“Malah produk kayu bersijil dari Malaysia telah digunakan dalam pembinaan Stadium Nasional Jepun untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020,” ujarnya lanjut.

Beliau turut memberitahu bahawa sektor perabot negara juga sedang melalui transformasi dan mampu menghasilkan reka bentuk perabot yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa di bawah label Tanggam.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *