Antarabangsa
Awas golongan gay, boleh maut ambil poppers!
Amyl Nitrite atau lebih dikenali dengan nama poppers adalah sejenis dadah yang digunakan oleh golongan gay untuk meningkatkan kepuasan seks.
- Amyl Nitrite atau lebih dikenali dengan nama Poppers adalah bahan kimia yang digunakan oleh golongan gay bagi meningkatkan kepuasan seks.
- Ia boleh mempengaruhi fungsi fovea mata yang membuatkan penglihatan manusia jelas.
- Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat turut menegaskan agar orang ramai menjauhkan diri dari bahan ini kerana ia boleh mengancam nyawa.
LONDON – Amyl Nitrite atau lebih dikenali dengan nama poppers adalah sejenis dadah yang digunakan oleh golongan gay untuk meningkatkan kepuasan seks.
Penyelidik berpendapat bahawa poppers merupakan dadah keempat popular selepas ganja, kokain dan ekstasi di Britain.
Namun para saintis mendapati penggunaan dadah tersebut akan menyebabkan kerosakan kekal pada mata dan lebih parah, kematian.
Hanya dengan satu sedutan, dadah berkenaan boleh mempengaruhi fungsi fovea di bahagian mata untuk memastikan penglihatan manusia jelas.
Menurut kajian daripada penyelidik di Britain, antara kesan sampingan penggunaan bahan ini adalah kemungkinan mata menjadi buta dan kabur.
Akta Bahan Psikoaktif di Britain telah memperuntukkan larangan pengeluaran segala jenis poppers di negara tersebut sejak April 2016.
Sebuah kajian dibuat bagi menilai tahap penglihatan 12 orang lelaki yangmenggunakan bahan itu telah dimasukkan ke Hospital Mata Sussex di Brighton.
“Penggunaan poppers yang mendadak di Brighton semakin merunsingkan. Banyak bukti kesan sampingan penggunaan bahan terlarang itu terhadap mata pengguna,” jelas pakar oftalmologi, Dr. Rebecca Rewbury.
Selain itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat turut menegaskan agar orang ramai menjauhkan diri dari dadah ini kerana ia boleh mengancam nyawa.
Sumber : Daily Mail UK
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia