Connect with us

Terkini

Anak syarikat Petronas dirampas waris Kesultanan Sulu

Dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan yang dianggarkan bernilai RM8.87 bilion dilaporkan dirampas oleh peguam yang mewakili waris kesultanan Sulu pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Petronas
Foto: Gambar hiasan.
  • Dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan bernilai RM8.87 bilion dilaporkan dirampas peguam mewakili waris Kesultanan Sulu pada Isnin.
  • Tindakan itu sebahagian usaha perundangan selepas waris Kesultanan Sulu menuntut RM62.59 bilion daripada Malaysia sebagai pampasan berikutan proses timbang tara.
  • Keturunan Sultan Sulu terakhir, sebelum ini memulakan proses timbang tara kerana Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.
  • Bagaimanapun Malaysia tidak iktiraf tuntutan itu dan menolak sepenuhnya ‘Final Award’ kerana dakwaan pelanggaran Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.
  • Perjanjian itu menyaksikan Borneo Utara (kini Sabah) diserahkan, sebagai balasan Sultan Sulu serta warisnya diberikan RM5,300 setiap tahun.
  • Namun, Malaysia hentikan pembayaran pada 2013 susulan serangan bersenjata di Lahad Datu.

SHAH ALAM – Dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan yang dianggarkan bernilai RM8.87 bilion dilaporkan dirampas oleh peguam yang mewakili waris kesultanan Sulu pada Isnin.

Lapor Sinar Harian pada Selasa, tindakan itu difahamkan sebahagian daripada usaha perundangan dilakukan waris Kesultanan Sulu yang sebelum ini membuat tuntutan bernilai RM62.59 bilion daripada Malaysia sebagai pampasan berikutan keputusan proses timbang tara.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, bailif di Luxembourg merampas kedua-dua syarikat berkenaan iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bagi pihak pelanggannya.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, sebelum ini memulakan proses timbang tara sebagai tindak balas ke atas Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu itu dan menolak sepenuhnya ‘Final Award’ dikeluarkan penimbang tara Dr. Gondoza Stampa atas dakwaan pelanggaran terhadap Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Perjanjian itu menyaksikan Sultan Sulu menyerahkan wilayahnya di Borneo Utara buat selama-lamanya, kini ia dikenali sebagai Sabah dan sebagai balasan Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan RM5,300 setiap tahun.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tersebut pada 2013 susulan serangan bersenjata di Lahad Datu.

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mac lalu berkata, kerajaan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu pada 3 Mac lalu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.

Ismail Sabri berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan keputusan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan selain memastikan Malaysia tidak perlu membayar wang pampasan seperti yang dituntut.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending