Connect with us

Antarabangsa

Anak mati kurang zat, ibu vegan berdepan hukuman penjara

Hasil siasatan mendapati anaknya, Ezra meninggal dunia akibat komplikasi dari kekurangan zat makanan kerana hanya diberi makan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu badan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

anak mati kurang zat - Ibu Vegan
Foto: Wink News
  • Pengamal vegan, Sheila O’Leary, 39, disabitkan kesalahan di Cape Coral, Florida kerana membunuh anaknya berusia 18 bulan.
  • Kematian anaknya dilapor berpunca komplikasi kekurangan zat makanan.
  • Siasatan mendapati anaknya, Ezra, hanya diberi makan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu badan hingga nampak tulang badan.

FLORIDA – Sheila O’Leary, 39, seorang pengamal vegan didapati bersalah atas kesalahan membunuh anak lelakinya pada 2019.

Anaknya yang baru berusia 18 bulan itu mempunyai berat badan yang tidak normal iaitu 7.7 kg sahaja.

Hasil siasatan mendapati anaknya, Ezra meninggal dunia akibat komplikasi dari kekurangan zat makanan kerana hanya diberi makan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu badan.

Wanita itu disabitkan kesalahan membunuh oleh juri di Cape Coral, Florida, selasa lalu setelah menjalani perbicaraan selama seminggu.

Sheila kini berdepan hukuman penjara bermula 25 Julai 2022.

Suami Sheila yang menghubungi talian kecemasan selepas mendapati anak mereka tidak lagi bernafas, turut disabitkan kesalahan membunuh dan kini sedang menunggu perbicaraan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak pasangan itu yang berusia tiga dan lima tahun dilaporkan mempunyai kulit kekuning-kuningan (masalah kulit) dan masalah kebersihan gigi yang teruk sehingga gigi mereka berwarna hitam.

Manakala anak perempuan Sheila bersama bekas suami yang tidak tinggal bersamanya yang berumur 11 tahun, sihat dan mempunyai tahap kesihatan yang jauh lebih baik berbanding dua orang adiknya.

Doktor mendapati Ezra tidak diberi makan selama seminggu sebelum kematian.

Pasangan itu didakwa pada Disember 2019 selepas kematian Ezra didedahkan.

Pendakwaraya di perbicaraan Sheila memaklumkan yang Ezra merupakan seorang kanak-kanak yang kurus dan sentiasa menangis.

“Dia abaikan anaknya yang menangis. Dia tak perlukan alat penimbang untuk tahu keadaan anaknya yang sudah sampai tahap boleh nampak tulang” kata Penolong Peguam Negara, Sara Miller.

Tiga beradik di bawah jagaan Sheila cuma diberi makanan seperti buah mangga, pisang, alpukat dan rambutan.
Manakala kakak mereka menerima diet yang sihat menurut polis yang membuat siasatan.
Besar kemungkinan Sheila tidak pernah membawa Ezra untuk menerima sebarang rawatan dari doktor memandangkan anaknya itu dilahirkan di rumah sahaja.
Hasil siasatan polis mendapati Ezra sesak nafas sewaktu sedang disusukan pada hari kematiannya. Sheila dan pasangan sedang tidur ketika Ezra sesak nafas dan mereka sedar akan kematiannya setelah bangun dari tidur.
(Sumber: Daily Mail UK)

Author