Connect with us

Komuniti

Silibus sekolah rendah merapu, cikgu dedah orang atas ‘babil’

“Bila ditegur guru-guru yang berada di lapangan, yang berpuluh tahun mengajar dan memahami tahap murid, mereka takkan terima,” ujarnya dalam hantaran FB berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Orang atas Babil
Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal silibus ‘syok’ sendiri dan cara guru mengajar disalahkan.
  • Silibus pelajaran di peringkat sekolah rendah sukar difahami.
  • KBAT menyebabkan pelajar bosan dan berputus asa untuk belajar.
  • Murid, guru dan ibu bapa didakwa stres untuk memahami silibus.
  • Perkara itu didedahkan seorang guru melalui hantaran di FB Mohd Fadli Salleh

WANGSA MAJU – Kritikan terhadap silibus pelajaran di peringkat sekolah sudah lama diperkatakan dalam kalangan pelajar, ibu bapa mahupun pendidik sendiri.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dulu diperkenalkan di peringkat menengah kini diturunkan ke peringkat sekolah rendah, sekali gus menyaksikan tahap pendidikan kita “semakin tinggi” kononnya dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan setaraf negara maju.

Namun kewujudan KBAT bagi peringkat rendah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang khuatir anak-anak mereka merasa bosan dan berputus asa untuk belajar apabila sukar memahami silibus.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru, menyifatkan silibus sekolah ‘merapu’ dan penggubal mewujudkan sesuatu yang tidak mampu dicapai murid.

Fadli turut mendedahkan pihak penggubal menolak aduan para guru dalam mempersoalkan kerelevanan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) yang dikatakan tidak sesuai dengan murid.

“Bila ditegur guru-guru yang berada di lapangan, yang berpuluh tahun mengajar dan memahami tahap murid, mereka takkan terima,” ujarnya dalam hantaran FB berkenaan.

Fadli turut menyatakan pihak penggubal tidak akan mengakui kesilapan mereka kerana beranggapan keputusan itu adalah terbaik dan sempurna sebaliknya cara para guru mengajar dipersalahkan.

Reaksi balas daripada Fadli, menyifatkan penggubal mencipta silibus ‘syok’ sendiri sedangkan guru-guru berpeluh separuh mati nak memahamkan murid tentang silibus mereka.

“Yang jadi mangsa akibat ke‘babil’an mereka adalah ibu bapa di rumah yang nak memberi faham pada anak-anak.”

“Yang jadi mangsa akibat ke‘babil’an mereka adalah murid-murid yang tak mampu nak faham silibus kuban mereka.” katanya.

Beliau mendakwa peristiwa itu acapkali berlaku di mana apabila ada perbincangan antara Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan guru-guru tentang silibus baru dan bila guru menegur mereka buat babil juga tak endah.

“Mereka akan kata mereka terpaling betul dan yang salahnya cikgu-cikgu. Sebab mereka inilah, ramai cikgu, ibu bapa dan murid-murid stres nak memahami silibus melangit mereka,” katanya.

Mohd Fadli bagaimanapun menjelaskan bukan kesemua pegawai di BPK itu bersikap sebegitu, masih ada yang memahami dan cuba menyelami.

“Namun kuasa juga majoriti golongan kuban serta babil lebih ramai,” sindir cikgu itu secara sinis.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *