Komuniti
Edar mi perisa daging babi, penganjur minta maaf
Penganjur program derma darah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli-belah di sini, kelmarin.

- Menurut pengerusi jawatankuasa pengelola program, Lou Kok Meng, perkara itu tidak disengajakan.
- Pihak penganjur sedia beri kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
- Pihak penganjur dan hospital juga memohon maaf kepada semua, terutama penderma darah.
BATU PAHAT: Penganjur program derma darah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli-belah di sini, kelmarin.
Pengerusi jawatankuasa pengelola program itu, Lou Kok Meng berkata, perkara berkenaan tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kejadian terbabit.
“Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada pengunjung yang datang menderma darah dalam program berkenaan dan akan memperbaiki keadaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah seperti laporan Berita Harian berkata, polis menerima laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.
“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
Katanya, siasatan awal mendapati, program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat kelmarin.
Sumber: Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/970959/penganjur-mohon-maaf-cenderahati-perisa-daging-babi-cincang

Liza
June 30, 2022 at 8:13 am
Dah lah bagi makanan tak sihat. Pastu bagi perisa babi pulak. Agak2 la bodoh tu simpan sikit tak boleh ke? Setakat minta maaf je buat apa bagi la hadiah lain. Darah org nak pulak. BODOH!