Israel bina projek rahsia, Al-Aqsa berisiko runtuh
Masjid al-Aqsa berisiko runtuh disebabkan kerja penggalian yang giat dilakukan Israel menyebabkan kesan retak dan kerosakan pada struktur bersejarah tersebut.
-
(VIDEO) Bagi NGO kami setahun untuk selesai isu kuil tidak berdaftar — Pertubuhan
-
(VIDEO) Artis nyanyi dan menari di majlis raya sekolah, ‘Jangan sambut raya dengan dosa’
-
(VIDEO) Madrasah berusia 20 tahun dirobohkan di India – Tindakan pertama di bawah Akta Pindaan Wakaf baharu
-
(VIDEO) Geng Subuh Macam Jumaat LebarRUN dapat sambutan anak muda
- Masjid Al Aqsa berisiko runtuh
- Zionis melakukan kerja penggalian haram
- Penggalian haram itu menyebabkan keretakan dan kerosakan sehingga berlaku runtuhan siling di ruang solat
- Polis Israel tidak membenarkan kerja baik pulih Masjid Al-Aqsa dilakukan
BAITULMAQDIS – Masjid al-Aqsa berisiko runtuh disebabkan kerja penggalian yang giat dilakukan Israel menyebabkan kesan retak dan kerosakan pada struktur bersejarah tersebut.
Amaran tersebut diberikan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam dan Hal Ehwal al-Aqsa, Azzam al-Khatib selepas projek berkenaan dijalankan di masjid ketiga paling suci itu sejak beberapa minggu lalu.
“Terdapat kerja penggalian berbahaya dan tidak diketahui. Tiada siapa tahu apa tujuan dan matlamat sebenar mereka. Kami hanya dapat melihat impak pada struktur.
“Getaran kuat yang berlaku juga menyebabkan runtuhan daripada siling di ruang solat di bahagian selatan,” ujarnya sambil menambah projek tersebut semakin dipergiatkan sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, pihak berkuasa rejim Zionis tidak menghiraukan permintaan mereka untuk membenarkan jurutera khas dan juruteknik melakukan pemeriksaan tentang ‘projek rahsia’ tersebut yang berlaku tidak kira masa pada waktu siang serta malam.
“Kami benar-benar bimbang jika mereka membina terowong yang boleh meruntuhkan al-Aqsa. Kami telah maklumkan kepada Mahkamah Diraja Jordan dan penjaga masjid suci ini, Raja Abdullah II.
“Saya sudah meminta kebenaran polis Israel untuk membaiki dinding yang retak, namun mereka tidak membenarkannya. Kami tidak tahu projek apa yang sedang dilakukan mereka. Saya hanya melaksanakan amanah yang diberikan untuk memelihara kesucian al-Aqsa,” katanya lagi dalam nada kesal. – Agensi/Sinar Harian
