Terkini
HIV: PrEP tidak akan gantikan langkah pencegahan sedia ada
“PrEP is not going to replace. Ia tidak akan menggantikan pencegahan yang ada. Kita masih lagi berpaksikan ABCD. A – abstinence, B – behaviour change, daripada yang berisiko kepada yang kurang berisiko, C – kita advice to use condom, contohnya. But under substance abuse yang tidak memungkinkan mereka untuk menggunakan kondom, maka this is where drug (D), dalam hal ini PrEP, place an important role,” kata Dr Anita Suleiman, Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.

- Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Anita Suleiman berkata PrEP tidak akan ganti langkah pencegahan kerana masih berpaksikan ABCD. A – abstinence, B – behaviour change, daripada yang berisiko kepada yang kurang berisiko, C – kita advice to use condom.
- “Kita telah berjaya mengurangkan jangkitan kalangan penagih dadah suntikan, tetapi sejak 10 tahun lalu, tiada penurunan kerana, 95% kes kita adalah hubungan seksual dan kita tahu seksual ini taboo yang tidak boleh kita nak bercakap lantang dan sebagainya,” katanya.
- Peningkatan STD dan ubat PrEP yang lain adalah nephrotoxins yang memerlukan monitoring on kidney problem dan kerana itulah langkah pencegahan seperti abstinen perlu dilaksanakan.
KUALA LUMPUR, 01 Januari 2023 – “PrEP is not going to replace. Ia tidak akan menggantikan pencegahan yang ada. Kita masih lagi berpaksikan ABCD. A – abstinence, B – behaviour change, daripada yang berisiko kepada yang kurang berisiko, C – kita advice to use condom, contohnya. But under substance abuse yang tidak memungkinkan mereka untuk menggunakan kondom, maka this is where drug (D), dalam hal ini PrEP, place an important role,” kata Dr Anita Suleiman, Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.
Katanya lagi, sebelum ini, epidemik HIV di Malaysia menunjukkan penurunan. Namun, malangnya, tiada lagi penurunan HIV yang berlaku sejak 10 tahun lalu. Hal ini kerana 95% kes HIV adalah disebabkan hubungan seksual.
“Kita telah berjaya mengurangkan jangkitan dalam kalangan penagih dadah suntikan, tetapi malangnya, sejak 10 tahun lalu, kita sudah tidak lagi melihat penurunan kerana majoriti kes kita, 95% kes kita adalah hubungan seksual dan kita tahu seksual ini taboo yang tidak boleh kita nak bercakap lantang dan sebagainya.”
Dalam wacana sama, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan bahawa data mungkin menunjukkan bahawa HIV menurun sekiranya penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) diperluaskan, namun, aktiviti berisiko tinggi seperti seks anal masih tetap ada.
“We may settle one problem, but we may create other problem. Macam saya kata peningkatan STD dan ubat PrEP yang lain adalah nephrotoxins yang memerlukan monitoring on kidney problem.”
Kerana itulah langkah pencegahan seperti abstinen perlu dilaksanakan.
Sumber: Samudera
