Connect with us

Terkini

99 kerja tambahan yang perlu dilakukan seorang guru selain mengajar

Para guru dilongokkan dengan puluhan kerja tambahan walaupun kerja hakiki mereka yang sebenarnya adalah mengajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Para guru dilongokkan berpuluh-puluh kerja tambahan walaupun kerja hakiki adalah mengajar.
  • Dakwaan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib atau turut dikenali sebagai Dr OT di mana beliau menyenaraikan hampir 100 kerja tambahan perlu dilaksanakan para guru di Malaysia.
  • “Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan ‘Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif’ sambil mengayat ‘Perlu ikhlas dalam mengajar’ untuk mendapat ‘Keberkatan gaji yang diterima’ dan kalau tak suka ‘Kenapa pilih jadi guru ?’”
  • Ada diantara mereka (guru) mengatakan bebanan kerja sebegitu antara punca segelintir para guru memilih pencen lebih awal dan tertekan.

KUALA LUMPUR – Para guru dilongokkan dengan puluhan kerja tambahan walaupun kerja hakiki mereka yang sebenarnya adalah mengajar.

Dakwaan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib atau turut dikenali sebagai Dr OT di mana beliau menyenaraikan hampir 100 kerja tambahan yang perlu dilaksanakan para guru di Malaysia.

Katanya, sekalipun kerja tambahan itu tidak dilaksanakan secara serentak oleh para guru namun senarai panjang itu tidak berlaku di negara yang maju pendidikannya.

Percayalah, senarai sepanjang ini tidak berlaku di negara yang maju pendidikannya, yang kita cuba belajar dari mereka. 

“Mereka juga ada menyelia murid sedang makan misalnya tetapi semuanya termasuk dalam jadual waktu tanpa mencuri waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru secara keterlaluan. 

“Jika bawa murid explorasi keluar pun itu sebahagian PdP,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin.

Beliau dalam kenyataan itu turut menambah bahawa para guru di negara maju diberi kepercayaan dan autonomi serta seorang pembantu guru untuk menguruskan sebuah kelas yang kecil.

Othman berkata, dengan autonomi itu, guru tersebut tidaklah sekadar goyang kaki sebaliknya mereka berusaha menyediakan PdP terbaik kerana ada akauntabiliti

Malah, situasi ini memperlihatkan bagaimana tenaga dan fikiran guru hanya difokuskan kepada PdP.

“Ada juga guru di negara kita yang seronok boleh lakukan kerja-kerja luar kelas, meninggalkan murid diambil alih oleh guru lain. Malah mendapat pelbagai anugerah pula sedangkan ini tidak berlaku di negara maju pendidikannya.

“Percayalah juga, guru negara maju seperti Australia tidak akan menjadi guru sukan untuk ke sana ke mari dan perkara-perkara berkaitan dengannya kerana sukan diserahkan kepada komuniti dan pihak berkuasa tempatan. 

“Bagi mereka, tugas utama guru adalah mengajar.”

“Senarai panjang dibawah seperti menunjukkan kurangnya sensitiviti pengurusan pendidikan, melonggokkan pelbagai tugas sampingan kepada guru yang tanggungjawab hakikinya adalah mengajar.

“Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan ‘Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif’ sambil mengayat ‘Perlu ikhlas dalam mengajar’ untuk mendapat ‘Keberkatan gaji yang diterima’ dan kalau tak suka ‘Kenapa pilih jadi guru ?’” kata beliau.

Othman juga mengatakan bahawa para guru ini boleh sahaja menyelesaikan tugasan sampingan itu bagi melancarkan perjalanan sekolah.

Bagaimanapun, semakin lama pihak terkait semakin  mengambil kesempatan ke atas para guru ini seolah langsung tiada empati sehingga mengganggu tugas hakiki seorang pendidik.

Tambahnya, sebagai ibu bapa kita juga perlu mengambil tahu akan betapa banyaknya kerja sampingan guru-guru di Malaysia.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata para guru bersetuju dengan kenyataan Othman.

Ada diantara mereka mengatakan bebanan kerja sebegitu menjadi antara punca segelintir para guru memilih pencen lebih awal dan tertekan.

Kata mereka, inilah realiti dunia pendidikan hari ini di mana sejak enam dekad lalu berada dalam kegelapan dan mendung bahkan ketika ini sudah ‘banjir’.

Lebih merisaukan, apabila trend guru bersara awal berlaku peningkatan apabila sebanyak 4,360 permohonan persaraan awal pada 2021 iaitu bersamaan dengan 1.06 peratus jumlah keseluruhan guru.

Pada 18 April, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan menganggarkan, lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM).

Berikut merupakan tugasan sampingan para guru yang disenaraikan Othman;

  1. E-Operasi
  2. E-Pangkat
  3. E-Prestasi
  4. HRMIS
  5. SPLG
  6. E-Tukar
  7. E-Profil
  8. SPPBS
  9. Psikometrik
  10. E-SPTS
  11. APDM
  12. SPS
  13. SAPS
  14. SARANA IBU BAPA
  15. Guru Penyayang
  16. Mentor Mentee
  17. Minda Sihat
  18. L4
  19. Konsep Kendiri
  20. Pegawai Aset
  21. TS25
  22. E-Nilam
  23. Zoom A
  24. EMIS
  25. SSDM
  26. SSQS
  27. NKRA – LINUS
  28. E-kehadiran
  29. IQ-PSS
  30. PROTIM
  31. 1M1S
  32. Myspata
  33. E-mateks for SPBT
  34. E-bulk for SPBT
  35. Ujian komptensi ICT
  36. Sistem SKPK Prasekolah
  37. Jurufoto untuk evidence
  38. Kira dan bahagi kotak susu
  39. Pegawai pengiring
  40. Pegawai library
  41. Penetapan Expected Target Result (ETR) / Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap subjek
  42. Aktiviti persatuan
  43. Aktiviti sukan
  44. Aktiviti ko-akademik
  45. Kajian tindakan
  46. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor
  47. Keceriaan kelas
  48. Latihan kebakaran & kecemasan
  49. Kem motivasi
  50. Kemaskini fail kurikulum
  51. Program susu sekolah
  52. Program pemulihan pengayaan
  53. PEKA/PAFA
  54. Pelaporan guru bertugas harian
  55. Program sekolah selamat
  56. Pelaporan kantin
  57. Persiapan padang dan balapan
  58. Program akses kendiri
  59. Program pecutan UPSR/PMR/SPM
  60. Kelas tambahan cuti sekolah
  61. Projek hikmah
  62. Galeria sekolah
  63. Pengurusan stok dan rekod
  64. Pengurusan panitia
  65. Sukan sekolah
  66. Kokurikulum unit uniform
  67. Kokurikulum permainan
  68. Kokurikulum kelab
  69. Temasya sukan daerah
  70. Temasya sukan negeri
  71. Temasya sukan kebangsaan
  72. Sukan antarabangsa
  73. Penandaarasan
  74. Guru kelas
  75. AJK PIBG 
  76. AJK kelab guru
  77. AJK majlis-majlis rasmi jabatan dan kementerian
  78. Jurulatih utama
  79. Pengerusi teknik
  80. Penyelaras tahun
  81. Pengadil pertandingan
  82. Teknikal olahraga
  83. Guru pengiring
  84. Cuci tandas pertandingan tandas
  85. Kutip sampah kitar semula
  86. Kutip sampah hari kanak2
  87. Pemantauan PdP
  88. Pemantauan rekod mengajar
  89. Buddy system
  90. Laporan prestasi
  91. Hari bertemu pelanggan
  92. Gubal, taip, cetak soalan
  93. My portfolio
  94. Kursus, taklimat, bengkel, seminar
  95. Mengurus murid sakit
  96. Buat modul
  97. SU pelbagai program
  98. Sediakan minit mesyuarat
  99. Dan tugas yang akan diarahkan dari masa ke semasa…

Berikutan itu, para guru mengharapkan bebanan tugasan ini dapat diringankan sekaligus membawa reformasi pendidikan kepada Malaysia. 

Jika anda lelah membaca senarai panjang ini, bayangkan pula kelelahan para pendidik yang perlu dihadapkan dengan tugasan sampingan di atas. 

Jadi, wajarkah guru dibebani kerja yang bukan hakiki? – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Othman Talib

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *