Terkini
Pakai pelitup muka, kempen rumah ke rumah – Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta pemakaian pelitup muka diamalkan ketika kempen parti politik pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mengekang penularan COVID-19.

- “Apabila masuk ke kawasan sesak, pakai pelitup muka. Kalau adakan ceramah dalam dewan dan sudah penuh, parti politik dan penganjur digalakkan buat pengumuman hadirin memakai pelitup muka.
- “Ini adalah langkah perlu diulangi dan dilaksanakan. Kita mahu pilihan raya dijalankan dengan tidak ada terlalu banyak sekatan tetapi pada masa sama kita galakkan gunalah nasihat sudah wujud dari KKM (mengenai pencegahan penularan COVID-19),” – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin
- Calon positif sewaktu kempen berjalan dinasihatkan berada dalam isolasi untuk beberapa hari.
- “Anda masih berkempen secara dalam talian. Cadangan juga diberikan untuk petugas dan pengundi memakai pelitup muka ketika berada di pusat pengundian.”
KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta pemakaian pelitup muka diamalkan ketika kempen parti politik pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mengekang penularan COVID-19.
Katanya, orang politik perlu menunjukkan teladan yang baik dengan memakai pelitup muka terutama ketika berkempen dari rumah ke rumah atau melawat orang sakit serta warga emas.
Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan kempen pilihan raya akan membabitkan lawatan rumah ke rumah.
“Apabila masuk ke kawasan yang sesak, pakai pelitup muka. Kalau kita adakan ceramah di dalam satu dewan dan dewan sudah penuh, parti politik dan penganjur mi membuat pengumuman untuk hadirin memakai pelitup muka.
“Ini adalah langkah yang perlu diulangi dan dilaksanakan. Kita mahu pilihan raya dijalankan dengan tidak ada terlalu banyak sekatan tetapi pada masa sama kita galakkan gunalah nasihat yang memang sudah wujud dari KKM (mengenai pencegahan penularan COVID-19),” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, pandangan KKM mengenai prosedur operasi standard (SOP) membabitkan hari mengundi sudah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya proses pengundian dapat dijalankan dengan selamat.
Beliau berkata, calon dan pengundi yang disahkan positif dibolehkan mengundi dan SPR akan mengumumkan peraturan yang perlu dipatuhi mereka yang dijangkiti.
Namun, katanya, calon yang positif sewaktu kempen sedang berjalan dinasihati untuk berada dalam isolasi untuk beberapa hari.
“Anda masih boleh berkempen secara dalam talian. Cadangan juga diberikan untuk petugas dan pengundi memakai pelitup muka ketika berada di pusat pengundian,” katanya.
Sumber : Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login