Connect with us

Politik

Persempadanan semula: Kekuatan DAP bertambah di Parlimen, ancam kuasa Melayu?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Noh Omar
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Noh Omar tidak menafikan bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya dilihat boleh memberikan ancaman kepada kuasa Melayu.
  • Situasi itu boleh berlaku jika kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti Melayu di luar bandar dikurangkan, manakala penambahan kerusi di kawasan bandar terjadi di mana pastinya ia dimenangi DAP.
  • Sebagai contoh, beliau berkata kalau persempadanan semula dilaksanakan menggunakan formula satu Parlimen pengundi minimum mesti 100 ribu, maka kawasan seperti Tanjong Karang yang mempunyai pengundi kira-kira 70 ribu tidak layak menjadi satu Parlimen dan mungkin akan digabungkan dengan Kuala Selangor.
  • Perkara itu akan menyaksikan satu kerusi majoriti Melayu di luar bandar akan hilang dan mungkin situasi tersebut juga akan berlaku di negeri lain.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Noh Omar tidak menafikan bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya dilihat boleh memberikan ancaman kepada kuasa Melayu.

Noh Omar yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata situasi itu boleh berlaku jika kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti Melayu di luar bandar dikurangkan, manakala penambahan kerusi di kawasan bandar terjadi di mana pastinya ia dimenangi DAP.

Sebagai contoh, beliau berkata kalau persempadanan semula dilaksanakan menggunakan formula satu Parlimen pengundi minimum mesti 100 ribu, maka kawasan seperti Tanjong Karang yang mempunyai pengundi kira-kira 70 ribu tidak layak menjadi satu Parlimen dan mungkin akan digabungkan dengan Kuala Selangor.

Perkara itu akan menyaksikan satu kerusi majoriti Melayu di luar bandar akan hilang dan mungkin situasi tersebut juga akan berlaku di negeri lain.

Iya (persempadanan semula boleh beri ancaman kepada kuasa Melayu) kalau kawasan Parlimen majoriti Melayu dikurangkan kerana (kawasan Parlimen di luar bandar) yang ada sekarang ini kurang dari 100 ribu pengundi (banyak) dan kerusi dalam bandar pula macam saya sebut tadi bertambah pula kerusinya dah tentulah dalam bandar ini kalau kita lihat (kerusinya) memang (banyak) dimenangi DAP.

“…Kalau persempadanan ini dibuat saya nampak memang Perikatan Nasional agak susah untuk menang… Bukan sahaja Perikatan Nasional, mana-mana parti yang berasaskan Melayu (pun sama sukar untuk menang),” katanya kepada The Merdeka Times.

Noh Omar berkata kalau kerusi dalam bandar bertambah ekoran mengikut pengundian menggunakan jumlah pengundi, beliau khuatir parti-parti politik berteraskan Melayu akan berkurangan di Parlimen.

“Kalau penambahan kerusi dalam bandar ini bertambah based on pengundian pengundi saya bimbang parti-parti berteraskan Melayu mungkin akan berkurangan bilangan di dalam Parlimen.

“(Sementara) parti-parti yang bersama PH yang sekarang ini kita tengok majoriti dia DAP yang menang di kawasan-kawasan bandar dan begitu juga kalau saya tengok parti yang berkawan dengan PH macam AMANAH.

“Sebagai contoh, dia menang pun bila di kerusi…macam Mat Sabu (menang kerusi Parlimen) itu kawasan majoriti bukan Melayu jadi bermakna saya tengok (bila berlaku persempadanan semula) kekuatan DAP akan bertambah di Dewan Rakyat.

“Kesannya kalau DAP dah jadi dominan parti, kalau dulu UMNO sebagai dominan parti di dalam Kerajaan tapi kalau ini berlaku yang saya nampak akan menjadi dominan parti dalam kerajaan adalah DAP,” katanya.

Noh Omar berkata persempadanan semula boleh dilakukan, namun ia tidak boleh hanya bergantung kepada jumlah pengundi, sebaliknya perlu dilihat juga keluasan pilihan raya atau kawasan geografi dalam satu-satu kawasan Parlimen.

Ini kerana menurut beliau, di luar bandar walaupun pengundinya sedikit, malah ada yang tidak mencecah 100 ribu namun kawasan pilihan raya itu lebih luas berbanding bandar yang mempunyai ramai pengundi tapi kawasan Parlimen tidak seluas kawasan di luar bandar. — The Merdeka Times

Author