Connect with us

Ekonomi

7.2 juta pencarum Muslim KWSP konvensional perlu ‘sucikan’ dividen

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah Urusan, Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman
  • Sekitar 7.2 juta pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih memilih simpanan konvensional ketika ini perlu membuat pembersihan dividen, kata Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
  • Pencarum Muslim KWSP simpanan konvesional perlu membuat pembersihan dividen setiap tahun bermula 2017 hingga tahun lalu sekiranya tidak pernah melakukannya dalam tempoh itu.
  • Sebagai contoh,  bagi tahun 2017, pencarum Muslim yang masih dalam simpanan konvensional perlu membuat pembersihan dividen sebanyak 64 peratus daripada jumlah dividen pada tahun terbabit.
  • Zaharuddin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berkaitan berapa ramaikah Muslim yang masih mencarum dalam simpanan konvensional dan apakah yang perlu dilakukan pencarum Muslim yang masih memilih simpanan konvensional, terutama tindakan ke atas dividen mereka.
  • Beliau pada Mac lalu dilaporkan berkata statistik KWSP sehingga 31 Disember lalu menunjukkan hanya 20.1 peratus pencarum beragama Islam memilih simpanan syariah.


KUALA LUMPUR —  S
ekitar 7.2 juta pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih memilih simpanan konvensional ketika ini perlu membuat pembersihan dividen, kata Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Zaharuddin berkata pencarum Muslim KWSP simpanan konvesional perlu membuat pembersihan dividen setiap tahun bermula 2017 hingga tahun lalu sekiranya tidak pernah melakukannya dalam tempoh itu.

Sebagai contoh, beliau berkata bagi tahun 2017, pencarum Muslim yang masih dalam simpanan konvensional perlu membuat pembersihan dividen sebanyak 64 peratus daripada jumlah dividen pada tahun terbabit.

“Hanya sekitar 1.7 juta pencarum Muslim telah bertukar ke simpanan shariah dan sekitar 7.2 juta lagi pencarum Muslim masih dalam simpanan konvensional.

“(Pencarum Muslim simpanan konvensional itu) perlu buat pembersihan dividen bagi setiap tahun bermula 2017 iaitu seperti berikut; 2023 (66 peratus); 2022 ( 73 peratus); 2021 (69 peratus); 2020 (69 peratus); 2019 (71 peratus); 2018 (68 peratus) dan 2017 (64 peratus),” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Zaharuddin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berkaitan berapa ramaikah Muslim yang masih mencarum dalam simpanan konvensional dan apakah yang perlu dilakukan pencarum Muslim yang masih memilih simpanan konvensional, terutama tindakan ke atas dividen mereka.

Beliau pada Mac lalu dilaporkan berkata statistik KWSP sehingga 31 Disember lalu menunjukkan hanya 20.1 peratus pencarum beragama Islam memilih simpanan syariah.

Mengulas mengapa masih ramai pencarum Muslim tidak berpindah ke simpanan syariah, Zaharuddin berkata kurangnya kesedaran tentang perbezaan dividen antara faktor perkara itu berlaku.

Beliau menjelaskan ramai pencarum mungkin tidak benar-benar memahami perbezaan antara dividen konvensional dan syariah bukan sekadar soal angka.

Katanya, walaupun dividen konvensional mungkin lebih tinggi, tetapi pencarum Muslim perlu menyedari bahawa nilai sebenar datang daripada keberkatan yang diperoleh melalui pelaburan patuh syariah.

“(Sebab lain) Kebimbangan terhadap prestasi kewangan iaitu sebilangan pencarum mungkin merasakan bahawa simpanan syariah kurang berprestasi.

“Namun, ini adalah persepsi yang tidak tepat kerana prestasi kewangan jangka panjang simpanan syariah turut menunjukkan daya saing yang baik, malah ia bebas dari unsur riba dan ketidakpastian (gharar).

“Implikasi akhirat lebih berat daripada dividen iaitu daripada hanya melihat kepada keuntungan duniawi, pencarum Muslim harus menyedari bahawa menjaga kewangan mengikut lunas Islam membawa impak yang besar dalam kehidupan selepas mati.

“Menukar kepada simpanan syariah memastikan rezeki mereka lebih berkat dan selamat daripada unsur-unsur haram,” katanya. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *