Connect with us

Terkini

Lagi kes seksual murid sekolah, ‘group WhatsApp’ penuh perbualan lucah

Belum reda isu kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah didakwa menawarkan khidmat seks dengan harga RM10, Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi semalam berkongsi kewujudan ‘group WhatsApp’ membabitkan murid darjah empat yang dipenuhi perbualan lucah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
  • Belum reda isu kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah didakwa menawarkan khidmat seks dengan harga RM10, Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi semalam berkongsi kewujudan ‘group WhatsApp’ membabitkan murid darjah empat yang dipenuhi perbualan lucah.
  • Kes terbabit telah viral di Threads susulan seorang ibu memuat naik kisah anaknya dijemput masuk ke dalam ‘group WhatsApp’ terbabit oleh rakan perempuan kanak-kanak itu yang awalnya disangka hanya sebuah ‘group WhatsApp’ untuk mereka berkongsikan kerja sekolah.
  • Dalam kes itu, si ibu bernasib baik kerana dia yang memegang telefon pintar dan membaca perbualan tersebut bukan si anak, maka wanita terbabit berkesempatan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
  • “Beginilah kisah anak-anak kita hari ini. Diuji dari segenap sudut. Jika kita mak bapa tak bersedia mendepani cabaran ini, makin hanyut anak kita nanti. Nauzubillah.
  • “Buat mak ayah, ada masa nanti, cuba ambil phone anak dan check group yang anak sertai. Jika ada jumpa benda-benda macam ni, ketahuilah yang anak masih sempat diselamatkan,” kata Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar posting Threads ibu terbabit.

KUALA LUMPUR —- Belum reda isu kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah didakwa menawarkan khidmat seks dengan harga RM10, Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi semalam berkongsi kewujudan ‘group WhatsApp’ membabitkan murid darjah empat yang dipenuhi perbualan lucah.

Fairuz berkata kes terbabit telah viral di Threads susulan seorang ibu memuat naik kisah anaknya dijemput masuk ke dalam ‘group WhatsApp’ terbabit oleh rakan perempuan kanak-kanak itu yang awalnya disangka hanya sebuah ‘group WhatsApp’ untuk mereka berkongsikan kerja sekolah.

Dalam kes itu, si ibu bernasib baik kerana dia yang memegang telefon pintar dan membaca perbualan tersebut bukan si anak, maka wanita terbabit berkesempatan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Foto: Antara perbualan lucah ‘group WhatsApp’ budak darjah 4 yang dimuat naik Fairuz di Facebook.

“Tapi itulah, bukan semua ibu ayah cakna dengan anak, tambah-tambah yang bagi phone pada anak tanpa ada pantauan dan peraturan, tiada parenting control, apatah lagi family link bahkan langsung tidak dididik baik buruk penggunaannnya.

“Dalam kes ni, mujurlah si ibu yang pegang phone anak masa tu, at least dia boleh berbuat sesuatu. Bayangkan budak-budak lain (dalam group berkenaan) tanpa sedikit pun mak bapak tahu apa yang anak mereka lakukan.

“Beginilah kisah anak-anak kita hari ini. Diuji dari segenap sudut. Jika kita mak bapa tak bersedia mendepani cabaran ini, makin hanyut anak kita nanti. Nauzubillah.

“Buat mak ayah, ada masa nanti, cuba ambil phone anak dan check group yang anak sertai. Jika ada jumpa benda-benda macam ni, ketahuilah yang anak masih sempat diselamatkan,” kata Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar posting Threads ibu terbabit.

Foto: Tangkap layar posting Threads ibu babit yang dimuat naik Fairuz di Facebook.

Mengulas lanjut, Fairuz menasihatkan ibu bapa yang belum memberikan telefon kepada anak-anak mereka, terutama yang bersekolah rendah, supaya tidak melakukannya kerana ia bukan satu keperluan.

Fairuz turut menceritakan bahawa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau sering dijemput berceramah di sekolah menengah, namun selepas PKP majoriti jemputan diterima beliau adalah dari sekolah rendah.

Beliau berkata guru-guru juga pening dengan kes kelucahan budak-budak hari ini yang adakalanya bermula dari darjah satu lagi.

“Side story, mesej seorang guru selepas saya berceramah di sekolah beliau: “Salam tuan. Lepas tuan datang ke sekolah kami hari tu makin ramai murid yang berani tampil buat aduan. Yang mengejutkan dan lebih mengecewakan dah ada gejala gay di sekolah kami. Allahu. 

“Ya kami terkejut. Bila handle kes macam ni rasa macam nak anxiety dah. Sampai ada kes dorang ‘buat’ di tandas sekolah 

“Ada kes ringan-ringan pun ada. Rasa nak pecah dada ni. Puncanya adalah: pornography!”,” kata Fairuz yang sering mendedahkan mengenai isu-isu seksual melibatkan murid sekolah.

Fairuz pada Oktober 2023, dilaporkan The Merdeka Times (TMT) menyuarakan kebimbangan tentang perilaku pelajar di Malaysia apabila segelintir daripada mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.

Awal tahun ini pula, Fairuz berkongsikan luahan seorang guru yang bimbang dengan trend pelajar sekolah yang mulai berjinak-jinak menjalinkan hubungan sejenis sesama lelaki, malah ada di antara mereka mencari ‘sugar daddy’ untuk melakukan hubungan songsang itu.

Terbaharu, TMT pada Selasa melaporkan seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan mendakwa beliau menerima maklumat mengenai kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.

‘Bisnes’ itu dikatakan berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut.

Susulan itu, Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-Guru), Mohd Azizee Hasan ketika ditemu bual TMT kelmarin meminta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyiasat dakwaan itu dan mengenal pasti sekolah terlibat dalam insiden tersebut. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *