Terkini
Elak jadi mangsa ‘grooming’ homoseksual, Ibu bapa dinasihat hantar anak asrama selepas usia 16 tahun
Ibu bapa disaran menghantar anak ke sekolah berasrama ketika mereka berusia 16 tahun ke atas bagi mengelakkan menjadi mangsa grooming homoseksual di sekolah.
- Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata majoriti pelajar berkeinginan terlibat dengan budaya berpasangan, homoseksual adalah ketika berusia 13 dan 14 tahun di mana mereka baru melepasi fasa akil baligh atau sedang melalui fasa itu.
- Kebiasaannya remaja matang ketika berusia 16 tahun ke atas serta dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara ataupun sentuhan selamat atau tidak selamat di tubuh mereka.
- “Satu lagi kita kena ingat… perlakuan homoseksual ini dia tidak berlaku dengan tiba-tiba liwat, tidak! Dia bermula dengan sentuhan, raba-raba, sentuh punggung, tampar-tampar, raba dada orang, cuba bercumbu-cumbuan, mandi bersama then output yang hujung tu… liwat,” katanya.
- The Merdeka Times sebelum ini melaporkan ramai netizen lelaki di Twitter mengaku terjebak hubungan homoseksual hingga ada di antaranya menghidap HIV ekoran pernah menjadi mangsa gangguan seksual kaum sejenis semasa sekolah berasrama.
KUALA LUMPUR – Ibu bapa disaran menghantar anak ke sekolah berasrama ketika mereka berusia 16 tahun ke atas bagi mengelakkan menjadi mangsa grooming homoseksual di sekolah.
Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata majoriti pelajar berkeinginan terlibat dengan budaya berpasangan, homoseksual adalah ketika berusia 13 dan 14 tahun di mana mereka juga baru melepasi fasa akil baligh atau sedang melalui fasa itu.
Saranan itu senada dengan pandangan Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Mohd Yusof pada 2018 yang mencadangkan ibu bapa tidak menghantar anak-anak berumur di bawah 16 tahun ke asrama memandangkan kes-kes gay dan lesbian banyak berlaku di asrama, terutamanya di sekolah satu jantina sahaja.
Fairuz berkata kebiasaannya remaja matang ketika berusia 16 tahun ke atas serta dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara ataupun sentuhan selamat atau tidak selamat di tubuh mereka.
Beliau berkata anak yang masih bersekolah rendah pula dari perkembangan psikologi mereka memerlukan figura yang boleh dicontohi di rumah.
Katanya, bagi kanak-kanak lelaki yang tinggal di asrama, kemudahan melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan sejantina meningkatkan risiko pengantunan seksual berlaku.
“Satu lagi kita kena ingat… perlakuan homoseksual ini dia tidak berlaku dengan tiba-tiba liwat, tidak! Dia bermula dengan sentuhan, raba-raba, sentuh punggung, tampar-tampar, raba dada orang, cuba bercumbu-cumbuan, mandi bersama then output yang hujung tu… liwat.
“Ada juga kadang tidur satu katil. Ada juga kadang pelajar junior menjadi adik-adik angkat kepada abang-abang senior. Dan paling parah… budak-budak form 1 dan form 2 yang masih lagi sangat naif mereka ini menjadi mangsa grooming guru, ustaz, mudir dan warden mereka sendiri.
“Itu lebih parah sebab melibatkan individu lebih dewasa. Bila mereka dah terlibat dengan aktiviti itu mereka mungkin cuba berubah tapi susah sebab itu tak pelik kalau mereka dah berkahwin mereka tetap mencari lelaki,” katanya kepada The Merdeka Times pada Rabu.
Fairuz, yang berpengalaman mengendalikan pelajar dari MRSM, SBPI, SMKA dan Maahad tahfiz, berkata tiada masalah sekiranya ibu bapa ingin menghantar anak mereka ke asrama di awal usia, namun mereka perlu tahu bahawa risiko tidak diingini boleh berlaku di mana-mana institusi pendidikan, termasuk di sekolah agama.
Beliau juga perlu mengingatkan ibu bapa untuk memberitahu anak-anak mereka kemungkinan situasi di atas boleh berlaku kerana ia realiti yang berlaku di asrama.
“Jika ada nak hantar anak pada usia 13 tahun silakan tiada masalah tapi ibu ayah ingat nasihatkan anak-anak realiti yang boleh berlaku di asrama.
“Ceritakan kajian Dr Izwan pada 2018 yang menyebut boys pick up gay habits from boarding school,” katanya.
Fairuz berkata isu homoseks menjadi satu perkara serius apabila ia kelihatan dinormalisasi dalam kalangan masyarakat.
Katanya, kebelakangan ini semakin banyak content di TikTok, Youtube, Netflix di luar negara dan dalam Malaysia memaparkan cerita-cerita berbentuk demikian.
Beliau menggesa Kementerian Pendidikan menjadikan perkara itu sebagai agenda besar bagi menyelamatkan anak muda terutamanya lelaki-lelaki supaya tidak terlibat dengan isu-isu seperti ini.
Fairuz juga mengingatkan kejadian seperti di atas tidak disembunyikan daripada pengetahuan KPM dan ibu bapa, sebaliknya dimaklumkan supaya laporan polis dapat dibuat dan siasatan dijalankan.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan ramai netizen lelaki di Twitter mengaku terjebak hubungan homoseksual hingga ada di antaranya menghidap HIV ekoran pernah menjadi mangsa gangguan seksual kaum sejenis semasa sekolah berasrama. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel