Antarabangsa
Bishop bunuh diri, bekas isteri dedah aktiviti penderaan seks dan pedofilia
Seorang paderi berkarisma yang ‘memukau’ keluarga dan pengikutnya menyatakan bekas isterinya ‘menang’ dalam nota bunuh dirinya, sebelum bertindak menembak mati dirinya sendiri.
- Seorang paderi berkarisma yang ‘memukau’ keluarga dan pengikutnya menyatakan bekas isterinya ‘menang’ dalam nota bunuh dirinya, sebelum bertindak menembak maut dirinya sendiri.
- Tindakannya itu dilakukan beberapa hari selepas bekas isterinya mendedahkan pembohongan kehidupannya kepada orang ramai.
- ‘Doktor’ Justin Meier, 43, meninggalkan nota bunuh diri memberitahu Laura Mahoney “memusnahkan keseluruhan” hidupnya selepas membuat laman (page) Facebook mendedahkan kelayakan palsu, pemangsaan seksual dan penyiasatan berkenaan penderaan seks kanak-kanak dilakukannya.
- “Dalam kamu menjaja beberapa pembohongan ini untuk ibu kamu. Saya tidak menyalahkan kamu,” katanya kepada anak-anaknya dipetik Daily Mail yang turut mendedahkan penderaan seksualnya terhadap mereka.
- Paderi itu menggambarkan dirinya sebagai hamba tuhan yang progresif selain dilaporkan pernah memakai baju sejuk pro-LGBT berwarna pelangi.
- Beliau turut dilaporkan berbohong mengenai kelayakannya dengan dakwaan menerima ijazah sarjana muda dari Kansas State University dan Ph.D dari Duke University Divinity School di North Carolina.
Seorang paderi berkarisma yang ‘memukau’ keluarga dan pengikutnya menyatakan bekas isterinya ‘menang’ dalam nota bunuh dirinya, sebelum bertindak menembak mati dirinya sendiri.
Tindakannya itu dilakukan beberapa hari selepas bekas isterinya mendedahkan pembohongan kehidupannya kepada orang ramai.
‘Doktor’ Justin Meier, 43, meninggalkan nota bunuh diri memberitahu Laura Mahoney “memusnahkan keseluruhan” hidupnya selepas membuat laman (page) Facebook mendedahkan kelayakan palsu, pemangsaan seksual dan penyiasatan berkenaan penderaan seks kanak-kanak dilakukannya.
“Dalam kamu menjaja beberapa pembohongan ini untuk ibu kamu. Saya tidak menyalahkan kamu,” katanya kepada anak-anaknya dipetik Daily Mail yang turut mendedahkan penderaan seksualnya terhadap mereka.
Meier membawa keluarga mudanya merentas berbelas negeri dalam tempoh 20 tahun perkahwinannya melalui beberapa siri pekerjaan jangka pendek dengan beberapa gereja dan denominasi.
Sepanjang perjalanan, dia mendakwa secara palsu menjadi ahli terapi berlesen dan memberi kaunseling kepada wanita-wanita rentan ditemuinya melalui gerejanya.
Dia menggambarkan dirinya sebagai hamba tuhan yang progresif selain dilaporkan pernah memakai baju sejuk pro-LGBT berwarna pelangi.
Paderi itu turut dilaporkan berbohong mengenai kelayakannya dengan dakwaan menerima ijazah sarjana muda dari Kansas State University dan Ph.D dari Duke University Divinity School di North Carolina. – The Merdeka Times