Connect with us

Antarabangsa

Waran tangkap ICC, Jerman akan tangkap dan ekstradisi Netanyahu

Jurucakap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam pentadbiran Canselor Jerman, Olaf Scholz atas kenyataannya pada Rabu yang berkata Jerman akan menangkap dan ekstradisi (hantar pulang) pemimpin negara Yahudi itu jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Canselor Jerman, Olaf Scholz (kanan).
  • Jurucakap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam pentadbiran Canselor Jerman, Olaf Scholz atas kenyataannya pada Rabu yang berkata Jerman akan menangkap dan ekstradisi (hantar pulang) pemimpin negara Yahudi itu jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu.
  • “Saya cukup dewasa untuk ingat pemimpin Jerman yang datang ke sini beberapa hari selepas 7 Oktober dan menyatakan Hamas merupakan Nazi baharu. 
  • “Mereka mahukan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Yahudi. Ramai di dunia perlu menyemak kompas moral mereka dan berada di sisi sejarah yang betul,” kata Jurucakap Benjamin Netanyahu, Avi Hyman memberitahu Fox News Digital pada Khamis.
  • Semakan The Merdeka Times mendapati kenyataan “Hamas merupakan Nazi baharu” itu merujuk kepada kenyataan dibuat Netanyahu sendiri semasa lawatan Scholz ke Israel pada 17 Oktober tahun lalu dan bukannya dikeluarkan Canselor Jerman itu.

Jurucakap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam pentadbiran Canselor Jerman, Olaf Scholz atas kenyataannya pada Rabu yang berkata Jerman akan menangkap dan ekstradisi (hantar pulang) pemimpin negara Yahudi itu jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu.

“Saya cukup dewasa untuk ingat pemimpin Jerman yang datang ke sini beberapa hari selepas 7 Oktober dan menyatakan Hamas merupakan Nazi baharu. 

“Mereka mahukan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Yahudi. Ramai di dunia perlu menyemak kompas moral mereka dan berada di sisi sejarah yang betul,” kata Jurucakap Benjamin Netanyahu, Avi Hyman memberitahu Fox News Digital pada Khamis.

Bagaimanapun, semakan The Merdeka Times mendapati kenyataan “Hamas merupakan Nazi baharu” itu merujuk kepada kenyataan dibuat Netanyahu sendiri semasa lawatan Scholz ke Israel pada 17 Oktober tahun lalu dan bukannya dikeluarkan Canselor Jerman itu.

Jurucakap Scholz, Steffen Hebestreit, ditanya pada Rabu sama ada Jerman akan melaksanakan perintah penangkapan ICC terhadap Netanyahu atas dakwaan jenayah perang.

Hebestreit dilaporkan menjawab, “Sudah tentu. Ya, kami mematuhi undang-undang”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *