Antarabangsa
Pencerobohan rejim Israel, 300,000 keluar dari Rafah – UNRWA
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam berkata kira-kira 300,000 orang melarikan diri dari Rafah menjelang kemungkinan besar pencerobohan berskala penuh Israel.
- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam berkata kira-kira 300,000 orang melarikan diri dari Rafah menjelang kemungkinan besar pencerobohan berskala penuh Israel.
- “Sepanjang minggu lalu, UNRWA menganggarkan sekitar 300,000 orang telah meninggalkan Rafah, ketika mana pemindahan paksa dan tidak berperikemanusiaan warga Palestin berterusan.
- “Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju,” tulis UNRWA di platform media sosial X.
- The Hill melaporkan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata di media sosial bahawa kira-kira 300,000 penduduk Gaza berpindah dari Rafah ke kawasan kemanusiaan di Al-Mawasi.
- Israel merancang untuk melakukan operasi di Rafah selama berbulan-bulan walaupun pentadbiran Biden berulang kali memberi amaran terhadap tindakan yang tidak mengemukakan rancangan untuk melindungi orang awam itu.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam berkata kira-kira 300,000 orang melarikan diri dari Rafah menjelang kemungkinan besar pencerobohan berskala penuh Israel.
“Sepanjang minggu lalu, UNRWA menganggarkan sekitar 300,000 orang telah meninggalkan Rafah, ketika mana pemindahan paksa dan tidak berperikemanusiaan warga Palestin berterusan.
“Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju. Tiada tempat yang selamat untuk dituju,” tulis UNRWA di platform media sosial X.
UNRWA merupakan agensi PBB yang memberikan bantuan kepada pelarian Palestin.
The Hill melaporkan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata di media sosial bahawa kira-kira 300,000 penduduk Gaza berpindah dari Rafah ke kawasan kemanusiaan di Al-Mawasi.
Israel merancang untuk melakukan operasi di Rafah selama berbulan-bulan walaupun pentadbiran Biden berulang kali memberi amaran terhadap tindakan yang tidak mengemukakan rancangan untuk melindungi orang awam itu.
Israel memasuki Rafah minggu lalu dan bertindak merampas lintasan sempadan bantuan kemanusiaan dan dikatakan masih belum melancarkan operasi lebih luas.
Israel mengeluarkan arahan perpindahan di Rafah pada Sabtu susulan rancangan untuk mengembangkan operasi ketenteraannya.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata pada Ahad bahawa AS masih belum melihat rancangan bagaimana Israel merancang untuk melindungi orang awam. – The Merdeka Times