Connect with us

Terkini

Tanpa pergaulan, amalan baca buku kepelbagaian kaum tidak berkesan pupuk perpaduan – Pakar Psikologi Kanak-Kanak

Amalan membaca buku kepelbagaian kaum dan agama dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak tidak akan berkesan 100 peratus sekiranya tiada pergaulan sesama sendiri kelompok itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Psikologi Kanak-Kanak Universiti SEGi, Datin Profesor Dr Mariani Md Nor.
  • Amalan membaca buku kepelbagaian kaum dan agama dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak tidak akan berkesan 100 peratus sekiranya tiada pergaulan sesama sendiri kelompok itu.
  • Pakar Psikologi Kanak-Kanak Universiti SEGi, Datin Profesor Dr Mariani Md Nor tidak menafikan pergaulan di antara pelbagai kaum berkemungkinan ada, namun ia pergaulan di media sosial di mana itu bukan autentik atau realiti sebenar.
  • Katanya, jika di realiti sebenar mereka berkemungkinan boleh mendengarkan pelbagai bahasa bangsa lain dan melihat kelakuan mereka.
  • “Kalau setakat membaca sahaja tanpa bergaul sesama sendiri, mungkin mereka anak-anak bangsa lain tidak pernah mendengar bahasa bangsa lain, mungkin bangsa Melayu dengar anak Tamil cakap bahasa Tamil, Cina cakap bahasa Cina, Sikh cakap bahasa Sikh dan sebagainya jadi keberkesanan itu tidak nampak terserlah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.
  • Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan dan meraikan perbezaan.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi membuka peluang mereka memahami kisah komuniti berbeza di negara ini sekaligus memupuk semangat perpaduan yang membawa negara ke hadapan.

KUALA LUMPUR — Amalan membaca buku kepelbagaian kaum dan agama dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak tidak akan berkesan 100 peratus sekiranya tiada pergaulan sesama sendiri kelompok itu.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak Universiti SEGi, Datin Profesor Dr Mariani Md Nor tidak menafikan pergaulan di antara pelbagai kaum berkemungkinan ada, namun ia pergaulan di media sosial di mana itu bukan autentik atau realiti sebenar.

Katanya, jika di realiti sebenar mereka berkemungkinan boleh mendengarkan pelbagai bahasa bangsa lain dan melihat kelakuan mereka.

“Kalau setakat membaca sahaja tanpa bergaul sesama sendiri, mungkin mereka anak-anak bangsa lain tidak pernah mendengar bahasa bangsa lain, mungkin bangsa Melayu dengar anak Tamil cakap bahasa Tamil, Cina cakap bahasa Cina, Sikh cakap bahasa Sikh dan sebagainya jadi keberkesanan itu tidak nampak terserlah.

“Tapi amalan membaca itu salah satu daripada usaha sangat baik dalam menjadi platform untuk anak-anak ini dari peringkat awal didedahkan dengan sejarah, latar belakang, kaum-kaum terdiri pelbagai bangsa, makanan, pakaian, perayaan, bahasa, agama mereka dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan sama ada amalan  membaca buku kepelbagaian kaum dan agama tanpa berkomunikasi terus dengan kelompok lain atau berkawan dengan mereka dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak.

Media sebelum ini melaporkan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca, terutama buku kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan dan meraikan perbezaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi membuka peluang mereka memahami kisah komuniti berbeza di negara ini, sekaligus memupuk semangat perpaduan yang membawa negara ke hadapan.

Mengulas lanjut, Dr Mariani turut menegur segelintir individu bangsa Melayu yang dilihat enggan berbahasa Melayu dengan alasan kurang fasih, sedangkan individu terbabit hanya tinggal di luar negara lima hingga enam tahun.

Katanya, sekalipun individu itu sudah beberapa tahun tinggal di luar negara dia sebagai orang Melayu sudah mempelajari bahasa berkenaan sejak di peringkat darjah satu.

“Guru-guru kita mengajar bahasa (Melayu), kata nama, sopan santun dan sebagainya jadi disebabkan oleh orang kata persaingan antara satu sama lain siapa yang lebih pandai berbahasa ‘slang’ luar negara, tak kisahlah bahasa Inggeris, Jerman, France malah orang kata bahasa lain kadang-kadang itu jadi kebanggaan. 

“Ini satu yang kita tidak patut amalkan kalau kita sendiri mahukan anak-anak kita berjiwakan patriotik kebangsaan.

“Sebagai contoh, kalau saya di luar negara katakanlah saya menghadiri satu sesi di mana ia dihadiri pelajar-pelajar Jepun, mereka menggunakan bahasa Jepun dan tiada masalah untuk buat pembentangan kerana mereka ada translator tertentu.

“Jadi sini saya ingin tekankan begitu amat mereka menghargai bahasa bangsa mereka sebagai bahasa budaya bangsa,” katanya.

Beliau bersetuju dengan pandangan bahawa ibu bapa sebenarnya perlu memainkan peranan terlebih dahulu menunjukkan teladan baik dalam memupuk perpaduan dengan tidak bersikap rasis, memandang enteng kepada bahasa kebangsaan dan sebagainya supaya anak-anak juga dapat menirunya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *