Antarabangsa
Kumpulan antivaksin terkemuka Amerika Syarikat ‘ditendang’ dari Facebook
Facebook sememangnya terkenal dengan ketegasan dalam menangani berita palsu terkait vaksin di platform media sosialnya.

- Pemilik Facebook Meta ‘menendang’ satu kumpulan antivaksin paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Robert Kennedy Jr, dari rangkaian media sosial kerana menyebarkan maklumat salah mengenai Covid-19.
- Tindakan itu menyebabkan The Children’s Health Defense (CHD), yang selama ini banyak mengkritik vaksin Covid-19 menuduh Meta menyekat hak kebebasan bersuara.
- Akaun kumpulan itu di Facebook dan Instagram ditutup pada Rabu berikutan, kumpulan terbabit berulang kali melanggar peraturan Meta.
SAN FRANCISCO – Facebook sememangnya terkenal dengan ketegasan dalam menangani berita palsu terkait vaksin di platform media sosialnya.
Sewaktu dunia dilanda wabak Covid-19 pada 2020, pemilik Facebook Meta mengambil tindakan mengenakan sekatan terhadap iklan yang tidak menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin.
Syarikat gergasi media sosial itu berkata, keputusan tersebut dibuat susulan pihaknya mengutamakan amalan kepentingan pencegahan penyakit.
“Walaupun pakar kesihatan awam bersetuju kita belum lagi mempunyai vaksin Covid-19 yang diluluskan dan boleh diperoleh dalam waktu terdekat, ada beberapa langkah yang masyarakat boleh ambil untuk kekal sihat dan selamat,” kata syarikat itu, pada tahun tersebut.
Facebook turut mengharamkan maklumat salah dan palsu yang dikenal pasti institusi kesihatan awam seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC).
Dan baru-baru ini, Facebook Meta sekali lagi mengumumkan bahawa pihaknya telah ‘menendang’ satu kumpulan antivaksin paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Robert Kennedy Jr, dari rangkaian media sosial kerana menyebarkan maklumat salah mengenai Covid-19.
Tindakan itu menyebabkan The Children’s Health Defence (CHD), yang selama ini banyak mengkritik vaksin Covid-19 menuduh Meta menyekat hak kebebasan bersuara.
Jurucakap Meta, Aaron Simpson menjelaskan bahawa akaun kumpulan itu di Facebook dan Instagram ditutup pada Rabu, berikutan kumpulan terbabit berulang kali melanggar peraturan Meta.

You must be logged in to post a comment Login