Terkini
Dilabel tolak Islam: PH-BN Rantau Panjang buat laporan polis
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan yang melabel dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menolak perjuangan Islam.

- Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan melabel dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menolak perjuangan Islam.
- Timbalan Ketua Parti Amanah (AMANAH) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad berkata, dakwaan Menteri Besar terhadap Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (PH) dan Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (BN) dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
- “Jadi melalui laporan yang dibuat, kami berharap agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut memandangkan ia jelas satu hasutan kepada rakyat apabila bebeza fahaman politik”, kata Ridzuan yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
- Semalam, media melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin menafikan dakwaan beliau melabel dua ADUN BN-PH itu sebagai melawan perjuangan Islam dan mengingatkan parti tersebut supaya tidak mudah koyak apabila berpolitik.
PASIR MAS – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan yang melabel dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menolak perjuangan Islam.
Timbalan Ketua Parti Amanah (AMANAH) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad berkata, dakwaan Menteri Besar terhadap Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim (PH) dan Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (BN) dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Menurut Ridzuan, pihaknya pada Sabtu lalu telah menerima satu rakaman video yang mengandungi kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa kemenangan PAS semasa PRU DUN Ke-15 baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam dan menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN sebagai pihak yang menentang perjuangan Islam.
“Kenyataan tersebut mampu menghilang keharmonian antara rakyat dan boleh didakwa di bawah 29 8(A) kanun keseksaan.
“Jadi melalui laporan yang dibuat, kami berharap agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut memandangkan ia jelas satu hasutan kepada rakyat apabila bebeza fahaman politik”, kata Ridzuan yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
Tambah Ridzuan, laparan itu juga turut menggesa Menteri Besar Kelantan itu supaya membuat permohonan maaf ke atas kenyataan yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Semalam, media melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin menafikan dakwaan beliau melabel dua ADUN BN-PH itu sebagai melawan perjuangan Islam dan turut mengingatkan parti tersebut supaya tidak mudah koyak apabila berpolitik.
Sumber: Berita Rtm
