Terkini
Guna logo halal tamat tempoh, restoran diserbu KPDN
Sebuah restoran di daerah ini dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dikesan menggunakan logo halal tamat tempoh sejak bulan Disember 2022.
- Sebuah restoran di Port Dickson dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dikesan menggunakan logo halal tamat tempoh sejak bulan Disember 2022.
- Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa KPDN dan tiga orang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam operasi bersepadu pada pukul 10 malam (16 Ogos).
- “Tindakan telah diambil terhadap restoran tersebut dengan menyita sijil dan logo halal yang dipamerkan untuk tindakan lanjut di bawah Peraturan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya kepada pemberita semalam.
- Premis ada mempamerkan logo halal di kaunter pembayaran, nombor meja dan bunting di dalam premis tersebut.
PORT DICKSON: Sebuah restoran di daerah ini dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dikesan menggunakan logo halal tamat tempoh sejak bulan Disember 2022.
Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa KPDN dan tiga orang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam operasi bersepadu pada pukul 10 malam (16 Ogos).
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal bagi perniagaan restoran itu telah tamat tempoh pada 15 Disember 2022 yang lalu.
“Tindakan telah diambil terhadap restoran tersebut dengan menyita sijil dan logo halal yang dipamerkan untuk tindakan lanjut di bawah Peraturan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya kepada pemberita semalam.
Menurut Muhammad Zahir, pemeriksaan awal mendapati premis itu menjalankan perniagaan masakan sedia masak dan minuman.
“Premis itu juga ada mempamerkan logo halal di kaunter pembayaran, nombor meja dan bunting di dalam premis tersebut,” katanya lagi.
Beliau berkata, KPDN Negeri Sembilan akan terus menjalankan pemeriksaan yang sama ke atas mana-mana pihak yang didapati menggunakan logo halal pada produk makanan atau perniagaan menjual makanan dan minuman tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa.
“KPDN Negeri Sembilan ingin menasihatkan peniaga dan pengusaha restoran agar mematuhi perundangan yang berkuatkuasa dalam menjalankan perniagaan dan perdagangan masing-masing,” katanya lagi.
Sumber: Utusan