Antarabangsa
Hanya kritik bendera Pride LGBTQ, wanita sakit kanser dihentikan rawatan
Seorang wanita yang menjalani rawatan kanser payudara dihentikan rawatannya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata yang “menyakitkan” komuniti LGBTQ dengan mengkritik bendera Pride di klinik itu.

- Seorang wanita yang menjalani rawatan kanser payudara dihentikan rawatannya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata yang “menyakitkan” komuniti LGBTQ dengan mengkritik bendera Pride di klinik itu.
- Marlene Barbera dijadualkan menjalani mastektomi (rawatan pembuangan sebelah atau kedua-dua buah dada) akhir bulan ini telah memberikan komentar terhadap bendera Pride yang dilihatnya di bilik menunggu Richmond Family Medicine Clinic di Portland, Oregon, Amerika Syarikat (AS).
- Menurut laporan Reduxx, Marlene membuat aduan membantah peragaan bendera itu pada tahun lalu dengan memberikan nota kepada doktornya melalui sebuah aplikasi.
Seorang wanita yang menjalani rawatan kanser payudara dihentikan rawatannya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata yang “menyakitkan” komuniti LGBTQ dengan mengkritik bendera Pride di klinik itu.
Marlene Barbera dijadualkan menjalani mastektomi (rawatan pembuangan sebelah atau kedua-dua buah dada) akhir bulan ini telah memberikan komentar terhadap bendera Pride yang dilihatnya di bilik menunggu Richmond Family Medicine Clinic di Portland, Oregon, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Reduxx, Marlene membuat aduan membantah peragaan bendera itu pada tahun lalu dengan memberikan nota kepada doktornya melalui sebuah aplikasi.
“Saya menulis mesej melalui MyChart kepada doktor, (mengatakan) betapa tersinggungnya perasaan, sebagai wanita yang kritikal (terhadap isu) jantina, melihat mesej politik (dimainkan) dalam persekitaran penjagaan kesihatan,” kata wanita itu.

Foto 1: Aduan yang dilakukan Marlene terus kepada doktornya melalui MyChart.
Di dalam nota itu dia menulis; “Saya telah diancam di Twitter oleh aktivis trans dengan rogol dan bunuh – jadi ia sesuatu yang menakutkan untuk pergi mendapatkan rawatan perubatan dengan sepanduk mengatakan bahawa saya, (iaitu) seorang wanita dewasa, (boleh jadi) hanyalah satu kategori ikut-ikutan mana-mana jantina yang tidak mahu menjadi lelaki dan (ia) bukan realiti,”
“Bolehkah saya mendapatkan temu janji melalui telefon untuk membincangkan cara saya boleh mengakses rawatan perubatan tanpa perlu berjalan di bawah sepanduk yang bertujuan untuk menafikan diri saya?,” tulisnya untuk menangani permasalahan itu.
Marlene berkata dia menyangka MyChart, sebuah aplikasi di mana pesakit boleh mengakses dan mengurus maklumat kesihatan peribadi itu adalah bersifat peribadi, malangnya pekerja lain juga dikatakan melihat mesejnya itu.

Foto 2: Notis penamatan perkhidmatan Marlene.
Reduxx berusaha untuk menghubungi OHSU berkenaan isu ini tetapi setakat ini belum menerima sebarang maklum balas.
Sumber: Reduxx
