Terkini
Kewujudan sekolah vernakular dijamin perlembagaan – Setiausaha Agung MCA
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil adalah dijamin Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan serta status mereka tidak perlu diragui.
- Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil adalah dijamin Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan serta status mereka tidak perlu diragui.
- Sin Woon berkata Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan semua pihak mesti menerima hakikat mengenai kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak menggugat perpaduan negara.
- Katanya, sukatan pelajaran sekolah rendah Cina dan Tamil adalah sama dengan sekolah rendah kebangsaan tetapi hanya menggunakan bahasa pengantar berbeza.
- Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil adalah dijamin Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan serta status mereka tidak perlu diragui.
Menurut laporan China Press, Sin Woon berkata Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan semua pihak mesti menerima hakikat mengenai kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak menggugat perpaduan negara.
“Kami adalah pelajar sekolah rendah Cina, tetapi tidak bermakna kami tidak patriotik. Bahasa Melayu kami juga sangat bagus, bahasa Inggeris juga bagus, jadi tidak sama seperti dakwaan plaintif bahawa tidak boleh berkomunikasi antara kaum dan tidak patriotik,” katanya.
Beliau berkata sukatan pelajaran sekolah rendah Cina dan Tamil adalah sama dengan sekolah rendah kebangsaan tetapi hanya menggunakan bahasa pengantar berbeza.
“Pada masa ini, 20 peratus pelajar di sekolah rendah Cina adalah bukan Cina. Ini hanya isu bahasa. Jangan jadikan ia sebagai isu perkauman. Kami hanya mempertahankan hak perlembagaan,” katanya.
Sebelum ini, tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.
Sumber: China Press