Connect with us

Terkini

Atok cabul gadis bawah umur, anak saudara rakan sendiri

Seorang lelaki berusia 70-an didakwa melakukan serangan seksual ke atas anak saudara rakannya berusia 14 tahun, lapor China Press.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Atok cabul gadis bawah umur, anak saudara rakan sendiri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki berusia 70-an di Tawau didakwa melakukan serangan seksual ke atas anak saudara rakannya berusia 14 tahun,
  • Selepas mangsa mengadu kepada keluarganya kerana diserang secara seksual oleh suspek, ibu bapa mangsa membawa gadis itu ke balai polis untuk membuat laporan polis pada 20 Mei lalu.
  • Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Tawau – Seorang lelaki berusia 70-an didakwa melakukan serangan seksual ke atas anak saudara rakannya berusia 14 tahun, lapor China Press.

Gadis bawah umur itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada keluarganya sebelum polis menahan lelaki terbabit.

Difahamkan, mangsa adalah anak saudara kepada rakan suspek. 

Selepas mangsa mengadu kepada keluarganya kerana diserang secara seksual oleh suspek, ibu bapa mangsa membawa gadis tersebut ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, yang mengesahkan kes itu, berkata polis menerima laporan daripada mangsa pada 20 Mei lalu dan suspek telah dipanggil untuk memberi kenyataan.

Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan kes itu disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *