Connect with us

Terkini

Hukuman mati mandatori: Kerajaan perlu bincang dahulu dengan keluarga mangsa

Kerajaan Madani hari ini digesa untuk berbincang terlebih dahulu dengan keluarga mangsa dan pihak-pihak yang berkepentingan sebelum pemansuhan bil hukuman mati mandatori ke atas semua kesalahan jenayah termasuk membunuh. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Hukuman mati mandatori: Kerajaan perlu bincang dahulu dengan keluarga mangsa
Foto: Aminuddin Yahaya.
  • Saya berharap semua ahli parlimen dapat mendesak kerajaan bagi menangguhkan pindaan hukuman berkenaan. – Aminuddin Yahaya
  • Jika ini diluluskan bermakna kesemua kes-kes jenayah yang membabitkan pembunuhan sebelum ini boleh disemak semula. 
  • Hukuman mati mandatori bagi kesalahan yang menyebabkan kehilangan jiwa seperti membunuh perlu dikekalkan.
  • Manakala, kesalahan lain seperti memiliki dadah dan senjata api yang tidak melibatkan kehilangan nyawa boleh dipertimbangkan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani hari ini digesa untuk berbincang terlebih dahulu dengan keluarga mangsa dan pihak-pihak yang berkepentingan sebelum pemansuhan bil hukuman mati mandatori ke atas semua kesalahan jenayah termasuk membunuh. 

Aktivis isu-isu kepentingan Melayu, Aminuddin Yahaya berharap semua ahli parlimen dapat mendesak kerajaan bagi menangguhkan pindaan hukuman berkenaan.

Menurutnya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini, sekiranya ini diluluskan bermakna kesemua kes-kes jenayah yang membabitkan pembunuhan sebelum ini boleh disemak semula. 

“Terdapat 975 kes pesalah yang telah dijatuhkan hukuman mati termasuklah kes yang melibatkan pembunuhan hartawan kosmetik iaitu Sosilawati,” katanya.

Tegas beliau hukuman mati mandatori bagi kesalahan yang menyebabkan kehilangan jiwa seperti membunuh perlu dikekalkan.

Manakala, kesalahan lain seperti memiliki dadah dan senjata api yang tidak melibatkan kehilangan nyawa boleh dipertimbangkan.

“Cuba bayangkan; apakah kesan psikologi kepada keluarga mangsa? Apakah mereka terpaksa berdepan dengan pembunuh keluarga mereka setelah penjenayah ini keluar? Tidakkah timbul rasa kecewa dan sedih kepada keluarga mangsa?

“Kenapa pindaan ini dilihat dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil pandangan keluarga mangsa dan pihak-pihak lain? Kenapa mereka beriya-riya nak selamatkan pembunuh tetapi menekan perasaan keluarga mangsa?,” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan adakah pindaan hukuman mati mandatori ini nanti bakal menggalakkan lagi kes pembunuhan apabila penjenayah sudah tidak takut terhadap hukuman.

Ini semua persoalan yang masih tidak dapat dijawab,” katanya.

Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 telah dibentang bagi bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Ia mencadangkan agar hukuman penjara seumur hidup digantikan dengan hukuman penjara antara 30 tahun dan 40 tahun serta 12 kali sebatan.

Pada 3 April, satu sesi undian bakal dijalankan dan RUU berkenaan akan dibahaskan sebelum ia diluluskan. – The Merdeka Times 

Sumber: Facebook Aminuddin Yahaya 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *