Connect with us

Terkini

5,306 guru bersara awal pada 2022 – KPM

Seramai 5,306 guru atau 1.29 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru pada tahun 2022 memilih untuk bersara awal, demikian menurut data Kementerian Pendidikan (KPM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Seramai 5,306 guru bersara awal pada 2022 – KPM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KPM melalui Tinjauan Faktor-Faktor Persaraan Awal Guru dan Kaitannya dengan Pembangunan Profesionalisme Keguruan pada 2022 mendapati antara faktor trend guru bersara awal disebabkan kestabilan kewangan, keluarga, faedah persaraan dan kebajikan diri.
  • Faktor penolakan guru disebabkan pendigitalan pendidikan, jurang generasi, perubahan pelaksanaan dasar dan faktor kesihatan.
  • KPM komited pastikan keperluan guru di seluruh negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.
  • KPM berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan Dato’ Haji Adnan Haji Abu Hassan (Kuala Pilah) berkenaan statistik permohonan persaraan guru pada 2022 dan isu berkaitan kekurangan guru di sekolah.

KUALA LUMPUR – Seramai 5,306 guru atau 1.29 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru pada tahun 2022 memilih untuk bersara awal, demikian menurut data Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM melalui Kajian Tinjauan Faktor-Faktor Persaraan Awal Guru dan Kaitannya dengan Pembangunan Profesionalisme Keguruan pada 2022 mendapati antara faktor trend guru bersara awal disebabkan kestabilan kewangan, keluarga, faedah persaraan dan kebajikan diri.

Kajian kementerian itu juga mendapati faktor penolakan adalah disebabkan pendigitalan pendidikan, jurang generasi, perubahan pelaksanaan dasar dan faktor kesihatan.

Bagaimanapun, KPM dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, pihaknya melaksanakan beberapa pendekatan bagi menangani isu kekosongan guru di sekolah.

“KPM menubuhkan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru KPM di mana jawatankuasa ini berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar, kurikulum, program dan enrolmen yang memberi implikasi kepada keperluan guru, seterusnya memastikan keseimbangan dalam pengambilan serta penempatan guru sekolah KPM.

“KPM melaksanakan pengambilan seramai 22,327 guru pada tahun 2021 dan 2022. 

“Urusan pengambilan ini akan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kepada kekosongan di sekolah-sekolah,” katanya menjawab soalan Dato’ Haji Adnan Haji Abu Hassan (Kuala Pilah) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik kekurangan jumlah guru di dalam sistem pendidikan negara dan isu berkaitan masalah kekurangan guru di sekolah seluruh negara.

KPM berkata antara pendekatan lain adalah melaksanakan pertukaran guru sebanyak empat kali setahun bagi memudahkan pergerakan guru untuk mengisi kekurangan guru di luar bandar; dan menggunakan kluster mata pelajaran bagi meningkatkan proses penempatan dan pertukaran guru.

Media melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada 2022, menganggarkan lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini iaitu jauh melebihi statistik KPM.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding yang dikeluarkan KPM pada 9 November 2021 iaitu sebanyak 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari tahun sama. – The Merdeka Times

Author