Connect with us

Terkini

PrEP buat ‘rasa selamat’ terus bermaksiat itu realiti – Pakar Perubatan

“Beri Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) agar RASA SELAMAT untuk teruskan buat maksiat itu bukan lagi sangkaan. Ianya realiti,” demikian kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PrEP buat ‘rasa selamat’ terus bermaksiat itu realiti - Pakar Perubatan
Foto: Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
  • “Beri PrEP agar RASA SELAMAT untuk teruskan buat maksiat itu bukan lagi sangkaan. Ianya realiti,” kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
  • Apabila pengamal seks songsang diberi ubat PrEP mereka akan merasakan diri mereka selamat dari dijangkiti HIV dan semakin kerap melakukan aktiviti seks itu. 
  • “Lihatlah kajian-kajian dilakukan negara barat yang telah lama buat PrEP tersebut. Penurunan kes HIV tidaklah memberangsangkan dan dalam masa sama penggiat seks luar tabii dalam negara mereka semakin bertambah.”
  • “Sebagai seorang doktor Muslim, kita mesti berpegang kepada kod etika profesional doktor Muslim yang perlu menjaga kepentingan pesakit kita supaya tidak melakukan kerja-kerja maksiat.” 

KUALA LUMPUR – “Beri Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) agar RASA SELAMAT untuk teruskan buat maksiat itu bukan lagi sangkaan. Ianya realiti,” demikian kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.

Katanya, apabila pengamal seks songsang diberi ubat PrEP mereka akan merasakan diri mereka selamat dari dijangkiti HIV dan semakin kerap melakukan aktiviti seks itu. 

“Kempen yang dipromosikan adalah lakukan seks bebas tanpa rasa ketakutan dijangkiti HIV. 

“Lihatlah kajian-kajian dilakukan negara barat yang telah lama buat PrEP tersebut. Penurunan kes HIV tidaklah memberangsangkan dan dalam masa sama penggiat seks luar tabii dalam negara mereka semakin bertambah,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, realitinya seks songsang penyebab kepada penyakit itu serta pengamalnya mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti HIV berbanding orientasi seks pasangan yang setia dan heteroseksual.

“Kalau tidak bersangkaan pelaku seks itu galak buat seks songsang, maka tak perlu juga beri PrEP. Sebab PrEP tidak diperlukan kalau dia tidak menjalankan aktiviti orientasi seks songsang itu.

“Tugas doktor adalah membawa keluar pesakit itu daripada lembah tidak selamat kepada tebing yang selamat iaitu melalui tidak membenarkan dia melakukan perbuatan itu. 

“Ibarat pisau sudah berada di tangan pesakit, dia boleh terbunuh ataupun membunuh orang lain dengan menghunuskan pisau tersebut,” katanya mengulas ciapan seorang pengguna Twitter yang mendakwa dia menjalani hubungan jarak jauh bersama isterinya dan tewas mengawal nafsu hingga mengamalkan orientasi seks secara biseksual.

Mengulas perumpamaan di atas, Dr Suhazeli berkata sekalipun pisau itu bersarung, pesakit masih memegang pisau yang berisiko kerana kita tidak pasti sama ada dia boleh terbunuh akibat menikam diri sendiri ataupun membunuh orang lain.

Katanya, sekalipun ada yang berpandangan memberi pisau bersarung itu boleh menyelamatkan 99 peratus daripada membunuh atau terbunuh tapi belum tentu ia selamat.

Beliau berkata, menyekat terus daripada melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat itu adalah hak seorang pengamal perubatan.

“Sebagai seorang doktor Muslim, kita mesti berpegang kepada kod etika profesional doktor Muslim yang perlu menjaga kepentingan pesakit kita supaya tidak melakukan kerja-kerja maksiat. 

“Perbuatan itu telah pun terbukti mempunyai risiko dijangkiti penyakit kelamin. 

“Walaupun terdapat bukti HIV boleh dicegah melalui pemberian kondom dan ubat antiviral, tetapi dengan terus membiarkan beliau melakukan aktiviti seks di luar tabii itu tidak dapat menghindari terjerumus dalam lembah risiko,” katanya.

Kementerian Kesihatan pada Disember lalu, dilaporkan bakal melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Dr Suhazeli Abdullah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *