Antarabangsa
Pemimpin pelampau Hindutva seru pembunuhan beramai-ramai orang Islam
Seorang pemimpin pelampau Hindutva, Bajrang Muni yang sebelum ini sering mengeluarkan ucapan kebencian, kali ini menyeru pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat Islam.
- “Jika kita mahu menjadi Rashtra Hindu sekali lagi, kita harus menggunakan teknik yang sama seperti dilakukan pemimpin Islam dahulu – membunuh semua orang Islam di negara ini. Selagi mereka masih hidup, India tidak boleh mencapai status Hindu Rashtra sepenuhnya. Pada masa lalu, orang Hindu hidup dengan aman. Tetapi kemudian kita diserang oleh ‘pengganas Islam’.
- “Oleh itu, untuk mengembalikan era Hindu Rastra, pembunuhan beramai-ramai umat Islam tidak dapat dielakkan,” – pemimpin pelampau Hindutva, Bajrang Muni
Seorang pemimpin pelampau Hindutva, Bajrang Muni yang sebelum ini sering mengeluarkan ucapan kebencian, kali ini menyeru pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat Islam.
Muni mendakwa India adalah Rashtra Hindu yang aman sebelum berlaku pencerobohan Mughal dan lain-lain.
“Jika kita mahu menjadi Rashtra Hindu sekali lagi, kita harus menggunakan teknik yang sama seperti dilakukan pemimpin Islam dahulu – membunuh semua orang Islam di negara ini. Selagi mereka masih hidup, India tidak boleh mencapai status Hindu Rashtra sepenuhnya.
“Pada masa lalu, orang Hindu hidup dengan aman. Tetapi kemudian kita diserang oleh ‘pengganas Islam’.
“Oleh itu, untuk mengembalikan era Hindu Rastra, pembunuhan beramai-ramai umat Islam tidak dapat dielakkan,” katanya dalam video itu yang dimuat naik di Twitter di mana ini bukanlah kali pertama Muni menunjukkan kebencian melampaunya kepada Islam.
Pada 13 April tahun lalu, dia menggesa orang ramai membunuh dan merogol wanita Islam.
Walaupun telah dihukum kerana kenyataan tersebut, dia dibenarkan ikat jamin dalam tempoh sepuluh hari dan memberitahu media bahawa dia tidak bersalah.
Sumber : Siasat Daily