Connect with us

Antarabangsa

Pihak Berkuasa Palestin (PA) tawar bantuan padam kebakaran Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Tawaran itu dilihat bertentangan dengan pendirian Hamas yang tidak mahu bersekongkol dengan Zionis, pada saat Israel sedang melakukan serangan ke atas rakyat Gaza.
  • Terbaru,  lebih 30 orang terbunuh dalam serangan pagi ini di Gaza yang turut terputus bekalan makanan perubatan dan makanan akibat sekatan Zionis.
  • Sehingga kini, kerajaan haram Israel masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap tawaran bantuan PA itu. 

BAITULMAQDIS – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menawarkan bantuan kepada negara haram Israel untuk mengawal kebakaran yang berlaku di kawasan Baitulmaqdis.

Tawaran itu dilihat tidak patut dan bertentangan dengan pendirian Hamas yang tidak mahu bersekongkol dengan Zionis, pada saat Israel sedang melakukan serangan ke atas rakyat Gaza.

Terbaru, Aljazeera melaporkan 31 orang terbunuh dalam serangan pagi ini di Gaza yang turut terputus bekalan makanan perubatan dan makanan akibat sekatan Zionis.

Sementara itu, Times of Israel melaporkan sehingga kini kerajaan Israel masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap tawaran bantuan PA itu. 

Sebaliknya, tawaran itu seeolah-olah tidak diendahkan.

Pasukan bomba PA sebelum ini dilaporkan pernah membantu dalam memadamkan kebakaran besar di Israel. – The Merdeka Times

Author