Connect with us

Antarabangsa

Wanita trans bukan wanita – Mahkamah Agung UK

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tiga hakim Mahkamah Agung United Kingdom (UK) sebulat suara memutuskan bahawa istilah wanita dan jantina dalam Akta Kesaksamaan 2010 merujuk kepada wanita biologi dan jantina biologi.
  • Mahkamah Agung UK berpendapat seseorang yang mempunyai Sijil Pengiktirafan Jantina (GRC) dalam jantina wanita tidak termasuk dalam definisi ‘wanita’ di bawah Akta Kesaksamaan.
  • “Definisi jantina dalam Akta Kesaksamaan 2010 menjelaskan bahawa konsep jantina adalah binari, seseorang itu sama ada wanita atau lelaki.”
  • “Walaupun perkataan ‘biologi’ tidak muncul dalam definisi ini, makna biasa bagi perkataan yang jelas dan tidak mengelirukan itu sejajar dengan ciri-ciri biologi yang menentukan seseorang itu lelaki atau wanita.”

LONDON – Tiga hakim Mahkamah Agung United Kingdom (UK) sebulat suara memutuskan bahawa istilah wanita dan jantina dalam Akta Kesaksamaan 2010 merujuk kepada wanita biologi dan jantina biologi.

Dalam kes For Women Scotland lawan Kerajaan Scotland, mahkamah memutuskan bahawa wanita trans tidak boleh didefinisikan sebagai wanita bagi tujuan undang-undang tersebut.

Kerajaan Scotland berhujah bahawa individu transgender yang memiliki sijil pengiktirafan jantina (GRC) berhak mendapat perlindungan berasaskan jantina, manakala For Women Scotland berhujah bahawa perlindungan tersebut hanya terpakai kepada individu yang dilahirkan sebagai perempuan.

Mahkamah berpendapat seseorang yang mempunyai Sijil Pengiktirafan Jantina (GRC) dalam jantina wanita tidak termasuk dalam definisi ‘wanita’ di bawah Akta Kesaksamaan.

“Definisi jantina dalam Akta Kesaksamaan 2010 menjelaskan bahawa konsep jantina adalah binari, seseorang itu sama ada wanita atau lelaki.

“Walaupun perkataan ‘biologi’ tidak muncul dalam definisi ini, makna biasa bagi perkataan yang jelas dan tidak mengelirukan itu sejajar dengan ciri-ciri biologi yang menentukan seseorang itu lelaki atau wanita.

“Ia dianggap sebagai sesuatu yang jelas dengan sendirinya dan tidak memerlukan penjelasan lanjut,” jelas sebahagian butiran penghakiman 88 muka surat itu yang dilaporkan BBC.

Keputusan berkenaan disambut sebagai satu detik bersejarah dan kemenangan untuk aktivis yang berkempen mencabar definisi akta terbabit.

Kerajaan Scotland, yang kalah dalam kes itu berkata ia telah bertindak dengan niat baik dalam tafsirannya terhadap undang-undang, dan akan berunding dengan kerajaan UK untuk memahami sepenuhnya implikasi keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Agung, menegaskan bahawa golongan transgender masih dilindungi daripada diskriminasi melalui Akta Kesaksamaan.

For Women Scotland (FWS) ialah sebuah organisasi bukan kerajaan di Scotland yang menentang cadangan yang membenarkan individu menukar jantina dan direkodkan dalam dokumen undang-undang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *