Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Madrasah berusia 20 tahun dirobohkan di India – Tindakan pertama di bawah Akta Pindaan Wakaf baharu

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Sebuah madrasah di daerah Panna, Madhya Pradesh, India

PANNA – Sebuah madrasah di daerah Panna, Madhya Pradesh, India telah dirobohkan, menjadikan insiden itu yang pertama melibatkan harta milik umat Islam di bawah Akta Pindaan Wakaf India yang baharu dikuatkuasakan.

Madrasah tersebut, yang terletak di Koloni BD dan dilaporkan telah wujud hampir tiga dekad, didakwa oleh pihak berkuasa dibina secara haram, menurut laporan Times of India yang dipetik Free Press Kashmir.

Bagaimanapun, pemilik madrasah itu menegaskan beliau telah memperoleh kelulusan yang diperlukan daripada jawatankuasa tempatan.

Notis akhir telah dikeluarkan mengenai bangunan itu, tetapi perobohan ditangguhkan kerana prosiding undang-undang masih berjalan.

Dengan penguatkuasaan Akta Pindaan Wakaf, tanah itu kini berada di bawah bidang kuasa perbandaran, menyebabkan pihak berkuasa menganggap struktur berkenaan sebagai tidak sah.

Bagi mengelakkan tindakan terus di bawah undang-undang baru itu, pemiliknya memilih untuk merobohkan madrasah tersebut secara sukarela menggunakan jentolak.

Akta Pindaan Wakaf berkuat kuasa secara rasmi di India pada 8 April, selepas mendapat perkenan presiden pada 5 April. Ia telah diluluskan oleh Parlimen selepas perbahasan hangat di Dewan Rakyat negara itu.

Beberapa organisasi Islam, termasuk Lembaga Undang-Undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB), bersama ahli pembangkang, telah membawa isu itu ke Mahkamah Agung bagi mencabar perlembagaan akta tersebut.

Sementara itu, kerajaan yang memerintah berhujah bahawa undang-undang itu memupuk ketelusan dan menyokong umat Islam serta wanita yang kurang berkemampuan, namun pengkritik mendakwa ia melanggar hak-hak kaum minoriti.

Dalam perkembangan lain, sehari sebelumnya, pertempuran tercetus di daerah Murshidabad, Bengal Barat telah mengorbankan tiga nyawa dan menyebabkan lebih 200 tangkapan dilakukan.

Sebagai tindak balas terhadap keganasan itu, Mahkamah Tinggi Calcutta telah mengarahkan penempatan segera Pasukan Polis Bersenjata Pusat (CAPF) bagi mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *